lepas tu, rasa masam-masam manis.
24 March, 2011
kisah semalam.
lepas tu, rasa masam-masam manis.
04 March, 2011
pesanan terhenti
4 Mac 2011, 1.36am
Banyak kali aku tertanya-tanya, mungkin tak dia tukar nombor? Mungkin tak dia hilangkan diri terus. Hilang selamanya, dan takkan muncul lagi.
Banyak kali juga aku menangis bila imbau kenangan lama dan cerita pada kawan-kawan yang mendengar. Air mata bergenang. Aku masih sedih. Aku batalkan niat kerana mahu melupakan sekaligus memaafkan.
Hari ini, aku nekad. Satu mesej ringkas aku tanya dan hantar pada dia. Mesej tidak sampai. Seperti yang aku duga, dia menghilang. Akan terus hilang, aku teka.
Tuhan kuatkan hati aku, rasanya. Walaupun masih teringat dan sayang, aku sudah jarang menangis dan terus melangkah ke depan. Aku makin bahagia dengan sisa-sisa yang masih lagi tinggal pada aku. Masa kini dan masa hadapan.
Penting rasanya untuk tahu sama ada dia bahagia atau sebaliknya. Tetapi, tak mungkin aka nada balasan untuk pertanyaan itu.. kerana pesanan itu akan terhenti di perjalanan.
Saat dia melepaskan pegangan tangan, dan membiarkan aku menangis di bahu emak, dan meratap sedih kerana kehilangan tanpa sebarang kata-kata maaf atau penyesalan.. saat bulan-bulan mendatang dibiarkan tanpa kehadiran suara dan perhatian.. saat ini, aku sedar dia menjauhkan diri dari aku dan menunaikan semua permintaan yang aku lempiaskan bila marah menguasai nadi aku.
Agaknya, dia mula tahu air mata yang jatuh di penghujung perkenalan itu, bukan air mata bohong. Bukan tipu; dan bila sedar, saya akan berterima kasih pada awak.