31 October, 2010

ayah, jaga diri :(

ayah dah berlepas sana kul 11 pagi kemarin.
selamat jalan ayah. moga mendapat haji mabrur.
selamat jalan, selamat pulang tau!

malam pergi hantar ayah, semua abang n akak balik.
semua kumpul ramai-ramai.

malam pergi hantar ayah, abg semua berjemaah imamkan ayah.
masa tengok abg ngan ayah semayang sama-sama rasa sedih sgt.
napa semua benda nampak mcm itu for the last one ?

semua minta maaf ngan ayah, peluk cium ayah.
mcm itu kali terakhir jumpa ayah. ayah balek nanti. ayah balek!

ayah pesan, semua kena saling jaga keluarga. kalau ada masalah, kena bincang elok-elok and jangan gaduh adik beradik :(

sampai sana, dalam kul 12 ayah naik hostel. aku tengok ayah jalan pergi, aku rasa sedih. ayah mcm nak tinggal aku sorang-sorang. tak lama pastu, ayah datang balek. ayah datang dekat aku.
ayah pesan;

ain, jangan buat tak ketahuan sangat bila ayah takde ni..ingat sama pesan ayah. amik number ayah kat abg zie tau.

ayah, jaga diri tau. *ayah angguk dan terus jalan pergi*

mata ayah merah, bergenang, tapi tak nanges.

masa ayah ada, ayah selalu bebel. ayah marah kalau aku selalu kuar, balik selepas maghrib. ayah taksuka aku keluar ngan kawan laki. kalau aku selalu tengok wayang. kalau aku bangun lewat pepagi.

ayah jarang bercakap dengan aku. kalau aku banyak cakap masa dia tengok berita, dia mesti marah. jujrnye, aku dengan ayah selalu taksama pendapat. aku ngan ayah tak sebulu.

kalau aku buat lawak, ayah selalu cover kalau tergelak.

tapi ayah amek berat. bulan puasa, time berbuka ayah call tanya makan ape. selalu col tanya makan belom. yea, ayah sayang aku. sebelum ni, aku fikir ayah paling tak sayang aku antara semua anak ayah. tak, ayah sayang aku. amek berat sebab aku paling bongsu, aku jea tak kawen lagi. kan ayah?

ayah kena selamat pergi, ayah kena selamat balek. ain tunggu ayah. ayah kena jaga diri.

p/s: Tuhan, jaga ayah tau.

25 October, 2010

bila mood saya tengah baik !~


sebenarnya, aku sgt jealous bila ada org boleh hidupkan blog dia. ta semua orang boleh gambarkan hidup dia dgn tulisan kan ?

kadang-kadang fake jea. dalam tulisan good-good jea perangai. kat luar, hantu pun surrender ngan dia. ada yg terasa ? silakan (:

kadang-kadang kita terlebih gambarkan kesedihan berbanding kebahagiaan. termasuk aku. sebenarnya, aku lebih terpengaruh dengan perasaan negatif berbanding positif. aku lebih senang tunjuk yg aku sedang sedih berbanding bahagia.

kadang-kadang dalam blog cakap nak gempak jea. kat luar, kalah dengan semut :DD

jujurnya, aku harap aku bahagia seperti orang lain. sampai aku lupa sebenarnya aku sedang bahagia. thank you, ALLAH.

hidup ni sangat menarik kan? (:


err profile pic baru.
motif? takde.hee



(:

p/s: perlu yakin diri yea, kawan-kawan.

21 October, 2010

bila aku penat, aku mahu menulis,

sy faham anda tak suka sy ganggu anda.
sy dah berhenti jadi mengada-ngada.

apalagi yg anda mahu?

kau ingat aku tidur lena bila ingatkan kau?
kau ingat aku senyum-senyum ingat apa yang kau cakap?
aku harap ada orang pujuk aku.
dan cakap, "awk, bukan tu maksud sy".
dan kau fikir, masa aku menulis ni, aku buat apa? gelak-gelak, senyum-senyum?
aku dah cakap, orang lain boleh cakap apa jea, tapi kau jangan.

aku faham apa yg kau maksudkan.
perasaan aku, kau tak peduli. sebab tu kau cakap jea semua yg kau rasa.
terima kasih.

lepas semua tu, boleh ke lagi kita berkawan mcm takde apa yg jadi?
boleh ke aku sayang kau mcm dulu lagi mcm takde apa jadi?
walaupun aku cuma bertepuk sebelah tangan.. aku tak sudi ingat kau lagi.

ketawalah. siapa kau semua nak judge semua ni? put yourselves in my shoes.

sy tau awk taksuka sy. rimas dgn sy. meluat dgn sy.
klu sy jadi awk, sy tak kontek dgn org yg sy benci. sbb sy meluat.
sy agak, awk suka ea tgk sy hilang arah mcm ni?
awk suka ea tgk reaksi sy bila kena label sesuka hati?

enjoy the moment, syg.

I JUST CAN'T STAND ALL THIS.

p/s: Tuhan, boleh tak kalau sy nak hilang ingatan?

18 October, 2010

khasbuatdia.

kehadapan fahmy ahmad yg pernah aku sayang.

awk bukan lagi fahmy sy. fahmy tu dah hilang.
dah lama hilang. yang tinggal cuma awk, fahmi.
:)

sy terkilan. saya mengaku, sy masih sayangkan awk walau apa pun keadaan awk.
walau apa pun yang awk buat. walau apa pun yg awk cakap.
tapi, sy cintakan fahmy yang dulu.
sy rindukan fahmy yang dulu. fahmy yg dah takde dalam diri awk.

takpe awk, jgn rasa bersalah. sebab apa yg sy tulis ni utk fahmy, bukan fahmi.

11 October, 2010

no-title.

aku tau, cinta dalam hati aku takkan mati.

tak pernah mati.

malam tu, aku rindukan dia. tapi, ego aku cakap jangan kontek dia lagi.
it's been too much already!

aku capai hp, aku buka msg. aku teliti apa yg aku pernah cakap kat dia.
aku tidur dan aku mimpikan dia.
esoknya, hidup aku normal.
sampailah aku rindukan dia, sampai perlu aku kenang semua memori aku dengan dia.

p/s: its never too late huh? its a lie.

10 October, 2010

my memory

WINTER SONATA. it's never fade in everyone's heart.

My Memory At that moment I remembered it all
When I see those memories they seem so small..
You're far away in a place that I can't reach
I can't wait for these words of love to be said

I really was to blame
Will I ever get to meet you again?
I can't even imagine that
I still love you and now I'll confess that to you
I wanna love you forever
It's not too late
Be with me forever

For a long time you've been in my heart
Much time passes and still you're far away, but I will stay alive

I really was to blame
Will I ever get to meet you again?
I can't even imagine that
I still love you and now I'll confess that to you
I wanna love you forever
It's not too late
Be with me forever

p/s: i heart you. i do.

09 October, 2010

need to sleep.

TEST TEST TEST.

tau tak tido tu satu keperluan ?!~

somebody kill me please, i want to sleep lah T____T

04 October, 2010

camping, dan aku.

jumaat aritu g camping. dekat gua kelam. dua hari asyik hujan jea. tak benti-benti. sampai baju dalam beg pun basah! marah betul laa.

seksa sangat dekat sana. makan standard laa, makan apa jea.
masuk hutan, jungle trekking, night walk, masuk pulak dalam gua. yang pegi jea tau rasa susah tu macam mana. trek lembab n lincin sebab hujan lebat. dua tiga kali jatuh dalam hutan tu. sakit betul laa badan-badan ni.

mula-mula sampai diaorg hidang nasi, sambal kosong, sayur, telur rebus. makan laa kitaorg ngan lahapnye sebab lapar. sampai nama group pun Nasi Sambal Telur Putih (NSTP). dengan cheers nye ntah pape. boleh pulak menang cheers terbaik sebab kelakar. sumpah kelakar. yelaa, group pulak dengan bebudak sengal n bestttt. :D

malam ada night walk. dah laa sesat, lilin pulak pendek jea dia bagi. belum sempat sampai dekat kaki gua, dah padam lilin. penat jea jerit diaorg buat taktau jea. bukan nak tolong pun! haishh. nasib baik laa ada sorang mamat tu, tolong-tolong masa dalam hutan.

esoknye, ada jungle trekking. sumpah penat T__T
dengan trek nye basah, alahai. sakit kaki kot.

petang pulak ada sliding wall. tapi aku n azie tak join sbb sakit kaki. ktaorg tdo jea dekat camping site. HAHA. sumpah tak bahagia.

malamnye, masuk gua. disebabkan tak cukup torch light, terpaksalah guna jalan darat, tak boleh guna jalan air sebab bahaya n tak cukup cahaya. masa tuu la baru aku sedar hakika, mamat tu sangat berkira!

esoknye, ada aktiviti kompas. sekali lagi aku tak ikut.

hasilnya, aku jalan macam orang tempang. yea, aku sedang tempang sekarang ni. macam orang tua dah. haishh.

PESANAN: ada pulak manusia berkira dalam hutan tu. ehh awak, dalam hutan tu, dah kira darurat. kalau kau tak tolong aku, sapa lagi nak tolong aku? perempuan berapa kerat jea. ishh memang aku benci kau lah. berkira betul. menyesal aku mintak tolong kau tau tak! kalau aku tau perangai kau macam ni, aku tak cakap elok-elok ngan kau macam kawan-kawan. meluat!

besttt jugak camping kali ni. semua orang tolong orang yang lain walaupun kat kampus tak pernah bertegur pun. ada la sorang jea berkira walaupun kenal! erm at least boleh kenal hati budi semua orang kan kan? :D

huarghhhh penat. sakit-sakit kaki. nak rehat laa.