21 November, 2010

dia didepan aku.

20 November 2010.

aku toleh ke tepi.
aku tersentak.
dia?
dia ada di depan aku.
aku pandang dia.. aku lihat dia.
berapa lama? aku tak pasti.
dan bila aku sedar,
aku cuit mak.
mak toleh dan senyum pada dia.
dia pergi..

kenapa masih bertemu dia,
sedangkan aku tak mahu.
tapi, aku tetap bersyukur.
setelah lama, aku mahu kenal seraut wajah wanita yang melahirkan dia.
Alhamdulillah, Allah Maha Kaya.

moga-moga, ini yang terakhir.
moga-moga, aku semat wajah itu dalam hati,
dan kenang bila rindu.
AMIN.

seharian dengan KAWAN BAIK !

kemarin, kuar jalan-jalan dengan kawan tersayang.
aku, umie dengan zue.
kenalkan, kawan aku lagi sorang, zulaikha.
selama ni asyik dengar sal umie kalsom jea kan? HAHAHAHA

DI BAWAH: pic aku dengan zue :D

zue : bertudung pink.


DI BAWAH: pic kami bertiga :D

kami lah KAWAN !



bestfriend suka dan susah aku : umie (:

sangat seronok main game bersama.
ayah, balik la cepat : nak tengok wayang.
wahh RAPUNZEL otw doe. sape nak teman aku ?
haish :'(


happy maen bowling ! :D


17 November, 2010

susu dibalas tuba.

siapa yg memberi susu, siapa yg membalas tuba ?

"hal yg paling kejam seseorang boleh lakukan pada orang lain ialah dia membiarkan orang lain jatuh cinta padanya, tapi tak berniat untuk menyambutnya"
-Anis Ayuni, Sungguh Aku Cinta-

kau tak kejam, aku yg bodoh.

aku gali tanah, gali dalam-dalam. aku buang dan aku kambus dalam-dalam. aku buang cinta aku yg dah mati.

bila cinta : LBS

paling tidak menghargai, tetapi sebaliknya dicaci yang tidak-tidak.

masa kau merayu, suruh aku pergi balik kat kau, aku layan kau macam tu ea ?hee manusia mudah lupa.

aku silap menilai orang rupanya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

aku sudah dapat kerja (:

doakan aku dapat gaji banyak-banyak, sem depan kita shopping sakan. OVERNIGHT sekali oke ! bag baru aku tuu nak jalan-jalan. HAHAHAHAHA.
hee ayah balik, bule tengok wayang. gian siotz =.='


pic baru bangun tido. zzz ~~


lupakan yang lama, ayuh bangkit dari mimpi ngeri Nor Ain ! :D

pergi intebiu beginilah !

isnin ini saya mulakan kerja, kawan-kawan. doakan yg terbaik ea. hee

p/s: cinta itu kejam. kau bercinta ? jadi, kau seorang yg kejam :D

14 November, 2010

BYE for now.



pic ni kecik jea.
tapi sayang aku kat dia BESAR GEDABAK oke. :D
time will unite us back, if we're meant for each other.
till then, take care for this time being.
bye for now.
(:

dunia ini kejam.

bila dia takde, aku rasa sunyi.
padahal, sebelum ni selalu ke dia ada utk aku?
Tuhan, kalau dia benar jodohku, permudahkanlah.
kalau bukan, lenyapkan ingatan dan perasaan aku utk dia.
aku dah tak tahan lagi.
sampai bila aku perlu tunggu dan menanti,
sedangkan aku pun tak pasti apa yg aku tunggu berbaloi ke tak.

zahirnya, nampak macam aku tak malu kan ?
nampak macam aku rela tunggu sampai bila-bila.
apapun dia buat, cakap.. macam hati aku tak rasa apa-apa.
dunia ni tak rasa ke aku dah lama bersabar ?

apalagi yang boleh aku buat selain tunggu kan?
kalau dia bukan utk aku, sudahlah tu. buat aku lupakan dia.
nak aku bunuh diri baru semua ni nak selesai ke ?
apalagi yg boleh aku buat selain sabar ?
semua org happy, aku jealous.

aku sayang dia.
Tuhan, aku sayang dia.
buatlah aku lupakan dia.

dunia ni kejam dengan aku.

aku fikir pasal orang lain jugak, tak boleh ke takdir fikir pulak pasal aku ?
tak rasa ke aku dah lama sabar .. ?

:'(

08 November, 2010

...

kau dah aku takkan mungkin jadi kawan.
walaupun hari kiamat datang, kita takkan berkawan.

sebab rasa aku utk kau bukan kawan.

sama ada kau stay atau pergi.
stay tepi aku macam dulu-dulu. pergi dan buat aku bencikan kau.

dan bila aku sedar, aku akan berterima kasih. sebab kau berjaya buat aku happy walaupun tanpa kau.

07 November, 2010

hari yang malang.

hari yang penuh mencabar dan malang.

bangun pukul 8 pagi walhal exam pukul 9.

mandi dan bersiap terkocoh-kocoh.

sampai kampus dan mula menjawab exam.

yea, aku dengan bangganya nak announce yg ELE232 sucks!

study tak banyak membantu :(

permulaan hari yang teruk punca takleh jawab ELE232.