19 April, 2011

diari final.

Assalamualaikum.

mai-mai chek nak habaq...

Final sedang menghampiri.
Arghh, masih tak dapat terima hakikat.

tangga 20hb April 2011 : ECE246;
programming yang *DISUKAI ramai.
sila take note, *DISUKAI ye.

dua hari kemudian,
ELE242 yang disayangi.

dua hari kemudian,
ECM241 pada sebelah pagi;
EEE231 pada sebelah petang;
*subjek repeat yang menyedihkan. hoho

dua hari kemudian,
ESE242.

kemudian, bercuti dan berfoya-foya sampai letih naa.

Allah, permudahkan urusan Ain dan rakan-rakan.
Moga-moga final dapat disetelkan dengan jayanya.
Amin, Amin ya Rabbal A'lamin.

p/s: selamat berjaya rakan-rakan. Usaha, Nor Ain. :D

14 April, 2011

Dilema dan Prasangka.

Aku terlalu busy tuk fikir apa yg tak kena ngan diri aku. Aku takde masa sebenarnya nak muhasabah diri, and perhatikan diri sendiri apa yang tak kena ngan diri aku. Dan yang paling penting, aku takde daya nak ubah 100% diri aku utk jadi yg terbaik. Terbaik yang boleh senangkan hati semua orang, dan buat bahagia dengan aku. Aku tak mampu.

Hati aku sakit bila orang sebut tentang perubahan dan dihalakan perkataan tu pada aku;
Aku rasa macam nak menangis. Apa yang tak kena? Memang banyak yang tak kena, tapi mak ayah aku terima aku seadanya, dan aku terima orang seadanya. Aku tak harap dan tak minta orang berubah tuk keselesaan aku. Kalau dia tak 'fits me well' biarlah lah dia dengan cara dia sampailah dia jumpa the other pair of him/her. Cari pasangan dan kawan macam nak beli kasut.

Dia pernah suruh aku berubah, dan yang bodohnya, aku cuba tuk berubah. Sedangkan dia siapa tuk suruh aku jadi macam yang dia nak? Dia bukan Tuhan. Kenapa? Tuhan tahu apa yang betul dan salah, sbb tu ada hukum hakam. Dia sesempurna Tuhan ke? Kemudian, sorang lagi tak boleh terima perangai dingin aku ni. Aku cuma berhati-hati taknak percayakan orang terlalu cepat. And dia boleh sebut.. "Kalau la awak boleh berubah perangai awak ni.."

Salah ke jaga diri?

Tak perlu la aku cerita macam mana aku berkomunikasi ngan dia, layan dia.. ataupun sebab apa yang dia frust sgt ngan perangai aku ni.. perspepsi orang tak penting. Aku perlukan sebab yg kukuh tuk berubah. Aku perlu sebab yang betul-betul perlukan perubahan. Perubahan yang membawa kebaikan. Kalau berubah tuk sorang laki yang tak pasti, berbaloi ke? Tambah-tambah, dia pun tak berapa nak betul kan..

Entah lah. Ini agaknya balasan, balasan buat satu benda tak fikir panjang.

Nanti la aku fikir balik pasal semua ni, bila aku ada masa. Sekarang ni, time tuk belajar. Final dah dekat kan? Dahulukan yg penting dari yang kurang penting. Dah, pegi study. :D

06 April, 2011

Kalau.

Kalau takut dilambung ombak;
jangan berumah ditepi pantai.

Kalau takut ditinggalkan;
jangan pernah mimpi untuk memiliki.

Kalau takut kecewa;
jangan ajar diri menyayangi.

Kalau hati tak pandai setia;
jangan mudah menabur janji.

dan Kalau dunia boleh bertolak ansur tentang cinta;
dunia akan aman.

semuanya Kalau.

bak kata orang;
Kalau semuanya nak guna Kalau;
ba*i pun boleh terbang.
Kalau kan perkataan Syeitan.
Jangan selalu guna. :DD