08 May, 2011

Novel.

Selalunye yang baca novel ni, perempuan. Wanita yang dah tau apa tu cinta, kehidupan dan pengkhianatan.

Aku mula minat dengan novel masa form 2.
Novel pertama yang aku baca, karya Sharifah Abu Salem.
Menarik dan buat aku menangis.

Aku bukan nak mengata orang yang mempertikaikan baik buruk baca novel.
Aku bukan nak bambu sesiapa yang tulis novel tapi tak berbakat!
Aku bukan nak pelekeh orang yang tak pernah baca novel.

Aku nak luahkan sebenarnya, baik yang aku dapat sebab baca novel.

Bila aku sedih misalnya, aku perlukan sesuatu yang menarik.
Yang boleh buatkan aku lupa kesedihan tu, walaupun sekejap.
Dengan baca novel, aku seperti masuk dalam dunia lain.
Dunia orang yang juga ada masalah, dan ada jalan selesainya.
Kemudian, bila habis satu buku, aku sedar kehidupan yang aku lalui bukan yang terburuk.

Memang novel hanya rekaan. Tapi semua kesedihan yang ada dalam novel,
hampir separuh antara kita pernah merasainya,
dicintai kemudian ditinggalkan,
membenci kemudian menyayangi,
berharap kemudian dikecewakan,
dan kemudian jalan dipermudahkan.
Jalannya hampir sama, cuma ditokok tambah supaya lebih tragis dan menarik untuk pembaca.
Kerana penulis bukan Tuhan!

Dengan novel, kadangkala aku belajar tentang kehidupan.
Bagaimana watak menghadapi ujian dengan tabah,
bagaimana watak bereaksi bila bersedih atau gembira,
aku suka membayanginya.
Aku banyak belajar dari novel.
Tentang kehidupan, tentang realiti disebalik fantasi.
Dan banyak kata-kata dari novel aku jadikan nasihat.
Aku jadikan pedoman.
Dan bila aku bersedih atau kecewa,
Aku ingatkannya.

Novel memberi aku harapan, bahawa ada yang terbaik menanti disebalik kekecewaan yang terburuk ini.

Paling penting, novel menyedarkan aku yang aku manusia masih punya rasa.
Aku menangis tentang kesedihan orang.
Bukankah bererti aku masih bersimpati pada nasib orang yang kurang baik?
Aku tersenyum tentang kebahgiaan orang,
Bukankah bererti aku manusia yang punya perasaan?

Novel berharga untuk aku.
Pedulikan kata orang.
Aku beli, bukan guna duit orang! :D
Sekian.