09 December, 2012

one day, after three years. he came back, and ask for a second chance.

perasaan aku masa tu? kosong. aku taktau samada aku happy ataupun.. mungkin terkejut. aku tak sangka sebenarnya, lepas semua yang dah jadi, dan pada masa aku betul-betul dah move on. aku betul-betul tak letak walaupun sikit harapan macam tiga tahun yang aku dah lalui tu.

macam mana aku dah lalui tiga tahun tu? aku sendiri tak sangka aku sekuat ni. kadang-kadang aku kalah dengan perasaan sendiri, aku merayu. aku menangis, dan lepas tu aku cuba bangkit balik. perasaan aku masa tu tak ubah macam lalat yang orang cuba nak halau. tak, aku tak salahkan sesiapa. semua tu jadi sebab aku salah sendiri. baik mak, umie, kawan-kawan semua suruh aku melupakan tapi siapa yang nak faham. tak semudah pen dan pemadam.

selama tiga tahun tu, rupanya setiap detik aku menunggu dia.

sebab dia bukan orang luar. dia masuk dalam hati aku tanpa paksaan. aku tak paksa, dia tak paksa dan semua bukan rancangan. aku tak boleh pilih dengan sapa untuk jatuh cinta. dan semua tanpa paksaan ni, susah untuk aku sendiri usir. aku tak pasti kalau aku boleh classify perasaan aku ni sebagai cinta. sebab cinta macam terlampau tinggi darjat bandingkan effort yang aku letak untuk perasaan ini. terlampau sikit. cukuplah aku namakan perasaan ni, sebagai satu perasaan yang kadang-kadang bahagia, tapi lebih kerap sakit. yang kalau hilang, aku cari. tapi kalau ada, seperti beban.

dan sebab aku sedar, tiga tahun tu sakit untuk aku lalui sekali lagi.. aku cuba untuk buang baran aku. cemburu aku, dan semua yang buruk tentang aku. aku cuba ingat, apa yang aku jarang buat dulu, aku nak buat selalu. aku nak hargai detik ini. sebab aku dengan perasaan aku, nakkan sedikit ruang untuk bahagia. dan mereka masih kata aku belum berubah. aku takkan berubah kata mereka. dan mereka taktau sebanyak mana aku menangis dalam gelap bila baran aku, berubah jadi sedih. maaf, aku masih cengeng.

aku berusaha menjadi sesuatu yang takkan mungkin aku akan jadi. sebab aku perempuan yang penuh dengan cacat cela tak kira walau macam mana aku berusaha.

sebab aku sedar tiga tahun dulu terlalu sakit, aku nak hargai hubungan ni.

sebab aku sedar, tiga tahun dulu terlalu sakit, kesilapan yang dulu aku cuba betulkan. ego yang dulu aku cuba buang.

tapi aku lupa, tiga tahun yang dulu dan tiga tahun selepasnya semua dah berubah. dia, bukan lagi lelaki yang sama. dia bukan lagi lelaki yang sama.

fahmi aku yang dulu, bukan lagi yg sekarang. how time change, how life change and how people change. perhaps, how feelings change?

Allah mungkin sedang menyampaikan sesuatu. sesuatu yang bukan milik aku, takkan aku dapat walau macam mana pun aku cuba. selama mana pun aku tunggu, tetap takkan jadi milik aku. sebab dia lebih berhak seusuatu yang lebih baik untuk dia. sedangkan aku, tak punya apa-apa.


08 October, 2011

ESE353


CONTROL SYSTEM.
finally, it comes.

TOMORROW,
whether survive or die.

I really hope that 'he' this control system will be kind to me,
then I am the luckiest girl on this earth. haha

*sesaja taip dalam engelish. kononnye nak dapat band 5 MUET neh. haha*

04 October, 2011

Febret thing.


Since bila aku jatuh cinta ngan Gossip Girl ni pun taktau lah,
tapi aku suka gila ngan mamat nama Ed Westwick nih.
Kacak and suara dia, fuhh cayer hati <3





Blair Walddorf *camtu kot spell nama dia* comel kan?





Motif?
Tiada. Aku download banyak2 gambar sweet-sweet dorg ni ngan harapan,
tiada harapan.
So aku pun letaklah kat blog yang dah mcm semak samun-malas tebang neh.
Tak kuasa nyah nak hias blog lelawa.
Tiada masa dan ketika -.-



03 October, 2011

Desperate & Unhappy

Aku ada satu benda nak annouce, aku desperate gila nak abeskan final.
tiga paper lagi wei, semua tu berderet-deret 7, 8 9hb.
gila gila. mati!

classmate aku semua camni. mmg paper berturut2.
kalau aku memekak sampai esok siang meluahkan perasaan marah & tak tenteram aku ni pun,
tak kemana masalah aku. cuma boleh chill & try hadapi ngan tenang.

masalah nye, aku tak happy.
paper last tu, control system aku mmg takleh blah.
nak bukak buku pun terketar2 tangan.
mmg tak selera aku nak study subjek tu. camne?

aku usaha lah camne pun.
aku tgk lah apa aku boleh buat. k?

doakan aku, aksara :D

19 September, 2011

khayal itu nyata dan nyata itu khayal.

malam tu, sama macam malam-malam yg sebelumnya.

tiba-tiba aku sampai kat rumah dia,
datang dengan mak, cuma nak beraya..
akak dia jemput dengan baik.
akak dia buatkan air.
tapi, dia langsung tak toleh tengok kami.
tak datang bersalam dengan mak.

tiba-tiba mesej masuk.
"jumpa saya kat luar".
dia marah-marah, dia tanya kenapa aku datang rumah dia?
aku jawab, aku datang nak beraya.
dia marah, dia suruh aku balik.
dia suruh aku lupakan dia.

aku tahu, aku kena lupakan dia..
tapi aku perlu masa. aku gtau dia sungguh-sungguh yg aku tak bersedia lagi.
bagi aku sikit lagi masa untuk lupa dia.
tapi, dia taknak dengar. dia pulangkan apa yang aku bagi dia.
aku menangis, dan dia pun pergi tinggalkan aku.

aku terjaga.
dalam mimpi pun dia nak aku lupakan dia.

esoknya, dia minta maaf.
itu realiti. tapi aku terasa macam mimpi.

21 August, 2011

jangan salahkan orang lain, sebab kalau pape jadi antara kita dua, semua tu cuma salah sorang, bukan salah aku.

dari kecik lagi aku simpan semua dalam hati.
kadang-kadang bila marah, aku luahkan semua.
aku tahu aku biadab. tapi aku ada limit.

memandangkan aku pun bukan anak yang paling baik, lemah lembut dan sopan..
aku takkan selamanya ikhlaskan diri. pendam semua dah bertolak ansur sampai aku mati !

semacam kita orang luar. semacam ada tembok antara kita dua.
agaknya, takdir 'tersilap' perhitungan. aku tak sepatutnya ada kat sini.

JODOH SEPATUTNYA HANYA SEKALI.

kalau aku menangis sekalipun. aku nangis sebab aku marah. bukan sebab aku sedih.
jangan salahkan orang lain, sebab kalau pape jadi antara kita dua, semua tu cuma salah sorang, bukan salah aku.

tembok tuu jadi sebab ada orang yang bina. bukan aku.

aku rasa marah. teramat sangat.

tengok lah kat diri aku, apa-apa yang ada.. semua nya dari dia. satu pun takde.
aku kesal. aku marah. aku rasa macam you never deserve the title. at all.

aku tak benci. aku tak berdendam.
cuma aku rasa.. apa-apa yang berkaitan dengan dia, aku takkan suka dah.
aku takkan beriya-iya berbaik. sebab dia pun tak baik dengan aku.
dia tak adil dengan aku.

aku menulis ni sambil marah.
aku mungkin menyesal esok lusa sbb dosa aku.
tapi aku pun manusia.
aku dah besar dan aku dah tahu berfikir.
semua yang jadi sejak aku kecik, aku himpun dan aku letak dalam hati.
aku tak menyesal. sebab aku nampak dengan jelas apa yang jadi kat aku dari dulu sampai sekarang.
aku harap dia baca tulisan aku.
aku harap dia tau, aku perlukan dia sebenarnya.
aku tamak. aku perlukan dua-dua.
tapi sejak yang bongsu besar, aku sepatutnya mati.

mulai saat ini, kita orang asing.

11 July, 2011

Kerana satu hal..

Aku dah kurang rasa.
Tak semanis dulu, tak semangat mcm dulu.
Tak rasa nak macam dulu.
Bukan salah aku, kau yang buat aku rasa camtu.
Jangan salahkan aku.

Kau bukanlah hebat sangat.
Sampai kau boleh buat orang rasa, rasa mcm aku.
Kau datang bila aku senang, bila aku susah kau buat tak kesah.
Bahagia ngan kawan-kawan mcm aku tak wujud.
Sudahlah, aku dah bosan.

Aku rasa..sudahlah tu.

26 June, 2011

sesudah tengok berita tengah hari

bila aku rasa aku perlu bersuara,

aku nak masuk politik.

dan tebas semua suara-suara sumbang,

yang cuma pandai bercakap untuk sedapkan hati rakyat.

tapi aku tahu aku tak layak tuk semua tuu,

jadi, aku berharap seseorang yang seperti aku,

tapi bijak dan ideal jadi pemimpin datang.

Amin.

07 June, 2011

PARDON ME

As expected, this semester gonna be the toughest ever.
Got too many matters that we students have to settle;
no one wanna messed this semester up.

business,
final year project and upcoming Muet;
erghh a lot!

I never want anyone to interfere these important things by sit in front of me and blabbering about THEMSELVES, or MYSELF or OURSELVES and makes me down. NEVER!

If you wanna do that, please not now.

I am too lazy to do anything.
sighhh.
btw, please forgive grammar mistakes above.

05 June, 2011

I PROMISE!

aku akan terima kau seadanya, aku JANJI (:

08 May, 2011

Novel.

Selalunye yang baca novel ni, perempuan. Wanita yang dah tau apa tu cinta, kehidupan dan pengkhianatan.

Aku mula minat dengan novel masa form 2.
Novel pertama yang aku baca, karya Sharifah Abu Salem.
Menarik dan buat aku menangis.

Aku bukan nak mengata orang yang mempertikaikan baik buruk baca novel.
Aku bukan nak bambu sesiapa yang tulis novel tapi tak berbakat!
Aku bukan nak pelekeh orang yang tak pernah baca novel.

Aku nak luahkan sebenarnya, baik yang aku dapat sebab baca novel.

Bila aku sedih misalnya, aku perlukan sesuatu yang menarik.
Yang boleh buatkan aku lupa kesedihan tu, walaupun sekejap.
Dengan baca novel, aku seperti masuk dalam dunia lain.
Dunia orang yang juga ada masalah, dan ada jalan selesainya.
Kemudian, bila habis satu buku, aku sedar kehidupan yang aku lalui bukan yang terburuk.

Memang novel hanya rekaan. Tapi semua kesedihan yang ada dalam novel,
hampir separuh antara kita pernah merasainya,
dicintai kemudian ditinggalkan,
membenci kemudian menyayangi,
berharap kemudian dikecewakan,
dan kemudian jalan dipermudahkan.
Jalannya hampir sama, cuma ditokok tambah supaya lebih tragis dan menarik untuk pembaca.
Kerana penulis bukan Tuhan!

Dengan novel, kadangkala aku belajar tentang kehidupan.
Bagaimana watak menghadapi ujian dengan tabah,
bagaimana watak bereaksi bila bersedih atau gembira,
aku suka membayanginya.
Aku banyak belajar dari novel.
Tentang kehidupan, tentang realiti disebalik fantasi.
Dan banyak kata-kata dari novel aku jadikan nasihat.
Aku jadikan pedoman.
Dan bila aku bersedih atau kecewa,
Aku ingatkannya.

Novel memberi aku harapan, bahawa ada yang terbaik menanti disebalik kekecewaan yang terburuk ini.

Paling penting, novel menyedarkan aku yang aku manusia masih punya rasa.
Aku menangis tentang kesedihan orang.
Bukankah bererti aku masih bersimpati pada nasib orang yang kurang baik?
Aku tersenyum tentang kebahgiaan orang,
Bukankah bererti aku manusia yang punya perasaan?

Novel berharga untuk aku.
Pedulikan kata orang.
Aku beli, bukan guna duit orang! :D
Sekian.

19 April, 2011

diari final.

Assalamualaikum.

mai-mai chek nak habaq...

Final sedang menghampiri.
Arghh, masih tak dapat terima hakikat.

tangga 20hb April 2011 : ECE246;
programming yang *DISUKAI ramai.
sila take note, *DISUKAI ye.

dua hari kemudian,
ELE242 yang disayangi.

dua hari kemudian,
ECM241 pada sebelah pagi;
EEE231 pada sebelah petang;
*subjek repeat yang menyedihkan. hoho

dua hari kemudian,
ESE242.

kemudian, bercuti dan berfoya-foya sampai letih naa.

Allah, permudahkan urusan Ain dan rakan-rakan.
Moga-moga final dapat disetelkan dengan jayanya.
Amin, Amin ya Rabbal A'lamin.

p/s: selamat berjaya rakan-rakan. Usaha, Nor Ain. :D

14 April, 2011

Dilema dan Prasangka.

Aku terlalu busy tuk fikir apa yg tak kena ngan diri aku. Aku takde masa sebenarnya nak muhasabah diri, and perhatikan diri sendiri apa yang tak kena ngan diri aku. Dan yang paling penting, aku takde daya nak ubah 100% diri aku utk jadi yg terbaik. Terbaik yang boleh senangkan hati semua orang, dan buat bahagia dengan aku. Aku tak mampu.

Hati aku sakit bila orang sebut tentang perubahan dan dihalakan perkataan tu pada aku;
Aku rasa macam nak menangis. Apa yang tak kena? Memang banyak yang tak kena, tapi mak ayah aku terima aku seadanya, dan aku terima orang seadanya. Aku tak harap dan tak minta orang berubah tuk keselesaan aku. Kalau dia tak 'fits me well' biarlah lah dia dengan cara dia sampailah dia jumpa the other pair of him/her. Cari pasangan dan kawan macam nak beli kasut.

Dia pernah suruh aku berubah, dan yang bodohnya, aku cuba tuk berubah. Sedangkan dia siapa tuk suruh aku jadi macam yang dia nak? Dia bukan Tuhan. Kenapa? Tuhan tahu apa yang betul dan salah, sbb tu ada hukum hakam. Dia sesempurna Tuhan ke? Kemudian, sorang lagi tak boleh terima perangai dingin aku ni. Aku cuma berhati-hati taknak percayakan orang terlalu cepat. And dia boleh sebut.. "Kalau la awak boleh berubah perangai awak ni.."

Salah ke jaga diri?

Tak perlu la aku cerita macam mana aku berkomunikasi ngan dia, layan dia.. ataupun sebab apa yang dia frust sgt ngan perangai aku ni.. perspepsi orang tak penting. Aku perlukan sebab yg kukuh tuk berubah. Aku perlu sebab yang betul-betul perlukan perubahan. Perubahan yang membawa kebaikan. Kalau berubah tuk sorang laki yang tak pasti, berbaloi ke? Tambah-tambah, dia pun tak berapa nak betul kan..

Entah lah. Ini agaknya balasan, balasan buat satu benda tak fikir panjang.

Nanti la aku fikir balik pasal semua ni, bila aku ada masa. Sekarang ni, time tuk belajar. Final dah dekat kan? Dahulukan yg penting dari yang kurang penting. Dah, pegi study. :D

06 April, 2011

Kalau.

Kalau takut dilambung ombak;
jangan berumah ditepi pantai.

Kalau takut ditinggalkan;
jangan pernah mimpi untuk memiliki.

Kalau takut kecewa;
jangan ajar diri menyayangi.

Kalau hati tak pandai setia;
jangan mudah menabur janji.

dan Kalau dunia boleh bertolak ansur tentang cinta;
dunia akan aman.

semuanya Kalau.

bak kata orang;
Kalau semuanya nak guna Kalau;
ba*i pun boleh terbang.
Kalau kan perkataan Syeitan.
Jangan selalu guna. :DD

24 March, 2011

kisah semalam.

aku tak tau lah apa yg sedang aku rasa ni.
mula-mula gelabah.
pastu terkejut.
mula lah takut dan nak lari sana-sini.
harap sgt ada orang datang terbang dan selamatkan aku.
ala-ala SUPERMAN.




lepas tu, rasa masam-masam manis.
macam dalam drama pulak.
kalau jatuh cinta sure dah rasa berterbangan dekat udara.
lepas tu rasa geli geleman.
lastly, rasa selamat dan paling penting, lega yang teramat sangat.

bangun pepagi, rasa lemah semangat.
lemah mental dan fizikal.
maklumlah, tak makan 24 jam.
perut dibiar kosong sebab geram.

hidup rasa kosong.
dah lenyap kebahgiazn dua atau tiga hari lepas.
takpelah.
taknak tanggung apa-apa risiko.

kemudian, rasa gementar,
dah nasib agaknya.

aku dan kerusi aku, dekat sebuah taman yang sunyi :

mula-mula tunggu dengan sabar..


mula rasa bosan..


akhirnya, tunggu sampai matahari tenggelam!


biarlah aku tunggu,
nak buat macam mana lagi.
semua benda ada risiko.
sekurang-kurangnya tambah pengalaman.
dan sedar,
rupanya aku dah move on.
alhamdulillah.
suma orangnya yang tak kena.
aku tak kejar kesempurnaan,
fizikal bukan apa-apa.
dan fizikal bukan sebabnya.
aku pentingkan keselamatan aku,
sebab mak ayah priority aku.
aku cari orang yang boleh jadi suami,
dan ayah anak-anak aku.
bukan teman untuk hari ni dan esok sahaja.
sekian.



04 March, 2011

pesanan terhenti

4 Mac 2011, 1.36am

Banyak kali aku tertanya-tanya, mungkin tak dia tukar nombor? Mungkin tak dia hilangkan diri terus. Hilang selamanya, dan takkan muncul lagi.

Banyak kali juga aku menangis bila imbau kenangan lama dan cerita pada kawan-kawan yang mendengar. Air mata bergenang. Aku masih sedih. Aku batalkan niat kerana mahu melupakan sekaligus memaafkan.

Hari ini, aku nekad. Satu mesej ringkas aku tanya dan hantar pada dia. Mesej tidak sampai. Seperti yang aku duga, dia menghilang. Akan terus hilang, aku teka.

Tuhan kuatkan hati aku, rasanya. Walaupun masih teringat dan sayang, aku sudah jarang menangis dan terus melangkah ke depan. Aku makin bahagia dengan sisa-sisa yang masih lagi tinggal pada aku. Masa kini dan masa hadapan.

Penting rasanya untuk tahu sama ada dia bahagia atau sebaliknya. Tetapi, tak mungkin aka nada balasan untuk pertanyaan itu.. kerana pesanan itu akan terhenti di perjalanan.

Saat dia melepaskan pegangan tangan, dan membiarkan aku menangis di bahu emak, dan meratap sedih kerana kehilangan tanpa sebarang kata-kata maaf atau penyesalan.. saat bulan-bulan mendatang dibiarkan tanpa kehadiran suara dan perhatian.. saat ini, aku sedar dia menjauhkan diri dari aku dan menunaikan semua permintaan yang aku lempiaskan bila marah menguasai nadi aku.

Agaknya, dia mula tahu air mata yang jatuh di penghujung perkenalan itu, bukan air mata bohong. Bukan tipu; dan bila sedar, saya akan berterima kasih pada awak.

07 January, 2011

KHAS TUK KAU.

KAU BABI.

AYAM JANTAN TAK GUNA!

okay, babai.

30 December, 2010

Terima Kasih, Fahmi.

Fahmi. Seorang hero. Aku sayang dia. Sebab dia, Malaysia kalah sipi-sipi jea. Kalau bukan sebab Fahmi, dah jatuh maruah aku dan penduduk negara. Terima kasih, Khairul Fahmi Che Mat!

Tapi semalam Fahmi marah-marah dekat kengkawan dia. Yelah, asyik-asyik Fahmi jea kena pertahankan gawang. Kesian Fahmi, jatuh-jatuh dia semalam. Takpe, asalkan dah menang!

Yeahhh, Happy New Year everyone.. :)

Sebelum ini, tak kisah sangat Tahun Baru ke, Tahun Lama ke.. macam takde beza. Tapi Tahun 2011 ni, besar harapan dan azam yang aku harap-harapkan dapat ditunaikan.

Rasanya, tahun 2010 ni the worst that i ever had. And rasanya, expose pasal hal personal dekat blog pun tak bagus. So, this entry suppose to be the last one. Diary online lebih private, and practical. Tata bloggers. :D

Doakan semua doa-doa aku dimakbulkan Tuhan. Insyallah, kita takkan berjumpa lagi. Take care, and bubye.


07 December, 2010

UNTHINKABLE.

Just finished watching UNTHINKABLE. Have you watch the movie? Aku terlewat. Aku tau, so shut up!

*banyak yang aku nak cakap, bila dan on9 ni kelu pulak lidah utk berkata-kata*

satu dialog :
FBI : he's american.

ouh, walaupun dia american, tapi as long as he's a muslim.. kena seksa dia seganas mungkin sbb dia TERRORIST.

marah betul diaorg bila sekaligus, 50 org lebih mati kena bom. tapi, dekat Afghanistan, Gaza yang dah beribu-ribu atau lebih dari tuu.. tak sedar pulak kan ?

sighh. tengok movie pun buat aku rasa geram. Haram J betul mereka.

tapi kan, bila fikir-fikir apa beza kita dgn mereka? they kill people, so do we are.

kita kata, kita bom sana bom sini sebab nak dapatkan hak kita. syurga ke jaminan org yang bunuh diri. JIHAD ke tuu?

kat mana nilai kemanusiaan. dekat mana sempadan nilai tu yang perlu kita letak?

21 November, 2010

dia didepan aku.

20 November 2010.

aku toleh ke tepi.
aku tersentak.
dia?
dia ada di depan aku.
aku pandang dia.. aku lihat dia.
berapa lama? aku tak pasti.
dan bila aku sedar,
aku cuit mak.
mak toleh dan senyum pada dia.
dia pergi..

kenapa masih bertemu dia,
sedangkan aku tak mahu.
tapi, aku tetap bersyukur.
setelah lama, aku mahu kenal seraut wajah wanita yang melahirkan dia.
Alhamdulillah, Allah Maha Kaya.

moga-moga, ini yang terakhir.
moga-moga, aku semat wajah itu dalam hati,
dan kenang bila rindu.
AMIN.