21 August, 2011

jangan salahkan orang lain, sebab kalau pape jadi antara kita dua, semua tu cuma salah sorang, bukan salah aku.

dari kecik lagi aku simpan semua dalam hati.
kadang-kadang bila marah, aku luahkan semua.
aku tahu aku biadab. tapi aku ada limit.

memandangkan aku pun bukan anak yang paling baik, lemah lembut dan sopan..
aku takkan selamanya ikhlaskan diri. pendam semua dah bertolak ansur sampai aku mati !

semacam kita orang luar. semacam ada tembok antara kita dua.
agaknya, takdir 'tersilap' perhitungan. aku tak sepatutnya ada kat sini.

JODOH SEPATUTNYA HANYA SEKALI.

kalau aku menangis sekalipun. aku nangis sebab aku marah. bukan sebab aku sedih.
jangan salahkan orang lain, sebab kalau pape jadi antara kita dua, semua tu cuma salah sorang, bukan salah aku.

tembok tuu jadi sebab ada orang yang bina. bukan aku.

aku rasa marah. teramat sangat.

tengok lah kat diri aku, apa-apa yang ada.. semua nya dari dia. satu pun takde.
aku kesal. aku marah. aku rasa macam you never deserve the title. at all.

aku tak benci. aku tak berdendam.
cuma aku rasa.. apa-apa yang berkaitan dengan dia, aku takkan suka dah.
aku takkan beriya-iya berbaik. sebab dia pun tak baik dengan aku.
dia tak adil dengan aku.

aku menulis ni sambil marah.
aku mungkin menyesal esok lusa sbb dosa aku.
tapi aku pun manusia.
aku dah besar dan aku dah tahu berfikir.
semua yang jadi sejak aku kecik, aku himpun dan aku letak dalam hati.
aku tak menyesal. sebab aku nampak dengan jelas apa yang jadi kat aku dari dulu sampai sekarang.
aku harap dia baca tulisan aku.
aku harap dia tau, aku perlukan dia sebenarnya.
aku tamak. aku perlukan dua-dua.
tapi sejak yang bongsu besar, aku sepatutnya mati.

mulai saat ini, kita orang asing.

11 July, 2011

Kerana satu hal..

Aku dah kurang rasa.
Tak semanis dulu, tak semangat mcm dulu.
Tak rasa nak macam dulu.
Bukan salah aku, kau yang buat aku rasa camtu.
Jangan salahkan aku.

Kau bukanlah hebat sangat.
Sampai kau boleh buat orang rasa, rasa mcm aku.
Kau datang bila aku senang, bila aku susah kau buat tak kesah.
Bahagia ngan kawan-kawan mcm aku tak wujud.
Sudahlah, aku dah bosan.

Aku rasa..sudahlah tu.

26 June, 2011

sesudah tengok berita tengah hari

bila aku rasa aku perlu bersuara,

aku nak masuk politik.

dan tebas semua suara-suara sumbang,

yang cuma pandai bercakap untuk sedapkan hati rakyat.

tapi aku tahu aku tak layak tuk semua tuu,

jadi, aku berharap seseorang yang seperti aku,

tapi bijak dan ideal jadi pemimpin datang.

Amin.