19 September, 2011

khayal itu nyata dan nyata itu khayal.

malam tu, sama macam malam-malam yg sebelumnya.

tiba-tiba aku sampai kat rumah dia,
datang dengan mak, cuma nak beraya..
akak dia jemput dengan baik.
akak dia buatkan air.
tapi, dia langsung tak toleh tengok kami.
tak datang bersalam dengan mak.

tiba-tiba mesej masuk.
"jumpa saya kat luar".
dia marah-marah, dia tanya kenapa aku datang rumah dia?
aku jawab, aku datang nak beraya.
dia marah, dia suruh aku balik.
dia suruh aku lupakan dia.

aku tahu, aku kena lupakan dia..
tapi aku perlu masa. aku gtau dia sungguh-sungguh yg aku tak bersedia lagi.
bagi aku sikit lagi masa untuk lupa dia.
tapi, dia taknak dengar. dia pulangkan apa yang aku bagi dia.
aku menangis, dan dia pun pergi tinggalkan aku.

aku terjaga.
dalam mimpi pun dia nak aku lupakan dia.

esoknya, dia minta maaf.
itu realiti. tapi aku terasa macam mimpi.

21 August, 2011

jangan salahkan orang lain, sebab kalau pape jadi antara kita dua, semua tu cuma salah sorang, bukan salah aku.

dari kecik lagi aku simpan semua dalam hati.
kadang-kadang bila marah, aku luahkan semua.
aku tahu aku biadab. tapi aku ada limit.

memandangkan aku pun bukan anak yang paling baik, lemah lembut dan sopan..
aku takkan selamanya ikhlaskan diri. pendam semua dah bertolak ansur sampai aku mati !

semacam kita orang luar. semacam ada tembok antara kita dua.
agaknya, takdir 'tersilap' perhitungan. aku tak sepatutnya ada kat sini.

JODOH SEPATUTNYA HANYA SEKALI.

kalau aku menangis sekalipun. aku nangis sebab aku marah. bukan sebab aku sedih.
jangan salahkan orang lain, sebab kalau pape jadi antara kita dua, semua tu cuma salah sorang, bukan salah aku.

tembok tuu jadi sebab ada orang yang bina. bukan aku.

aku rasa marah. teramat sangat.

tengok lah kat diri aku, apa-apa yang ada.. semua nya dari dia. satu pun takde.
aku kesal. aku marah. aku rasa macam you never deserve the title. at all.

aku tak benci. aku tak berdendam.
cuma aku rasa.. apa-apa yang berkaitan dengan dia, aku takkan suka dah.
aku takkan beriya-iya berbaik. sebab dia pun tak baik dengan aku.
dia tak adil dengan aku.

aku menulis ni sambil marah.
aku mungkin menyesal esok lusa sbb dosa aku.
tapi aku pun manusia.
aku dah besar dan aku dah tahu berfikir.
semua yang jadi sejak aku kecik, aku himpun dan aku letak dalam hati.
aku tak menyesal. sebab aku nampak dengan jelas apa yang jadi kat aku dari dulu sampai sekarang.
aku harap dia baca tulisan aku.
aku harap dia tau, aku perlukan dia sebenarnya.
aku tamak. aku perlukan dua-dua.
tapi sejak yang bongsu besar, aku sepatutnya mati.

mulai saat ini, kita orang asing.

11 July, 2011

Kerana satu hal..

Aku dah kurang rasa.
Tak semanis dulu, tak semangat mcm dulu.
Tak rasa nak macam dulu.
Bukan salah aku, kau yang buat aku rasa camtu.
Jangan salahkan aku.

Kau bukanlah hebat sangat.
Sampai kau boleh buat orang rasa, rasa mcm aku.
Kau datang bila aku senang, bila aku susah kau buat tak kesah.
Bahagia ngan kawan-kawan mcm aku tak wujud.
Sudahlah, aku dah bosan.

Aku rasa..sudahlah tu.