titipan ini buat dia yang tak aku kenali.
aku pulang lewat malam. pukul sembilan.
berhenti di lampu isyarat. aku pandang kiri dan kanan.
ada satu kereta, penuh dengan ahli keluarga. aku tak kenal.
ada suami, isteri dan anak-anak.
aku rasa kedamaian. aku rasa ketenangan.
aku mula rindukan bakal suami aku. temuilah aku secepat mungkin.
aku mahu bina semuanya dengan kamu. semua yang aku lihat.
aku akan sayangi kamu, seadanya kamu. menemani kamu seumur hidup aku.
barangkali, sihatkah kamu tika ini? sedang berbuat apakah kamu tika ini?
temuilah aku secepat mungkin. jangan terlewat mengenali aku.
aku menunggu kamu, jodohku.
jodoh yang ditentukan Tuhan untuk menjaga, membimbing dan melindungi aku.
aku sedang sabar menunggumu.
No comments:
Post a Comment