04 October, 2010

camping, dan aku.

jumaat aritu g camping. dekat gua kelam. dua hari asyik hujan jea. tak benti-benti. sampai baju dalam beg pun basah! marah betul laa.

seksa sangat dekat sana. makan standard laa, makan apa jea.
masuk hutan, jungle trekking, night walk, masuk pulak dalam gua. yang pegi jea tau rasa susah tu macam mana. trek lembab n lincin sebab hujan lebat. dua tiga kali jatuh dalam hutan tu. sakit betul laa badan-badan ni.

mula-mula sampai diaorg hidang nasi, sambal kosong, sayur, telur rebus. makan laa kitaorg ngan lahapnye sebab lapar. sampai nama group pun Nasi Sambal Telur Putih (NSTP). dengan cheers nye ntah pape. boleh pulak menang cheers terbaik sebab kelakar. sumpah kelakar. yelaa, group pulak dengan bebudak sengal n bestttt. :D

malam ada night walk. dah laa sesat, lilin pulak pendek jea dia bagi. belum sempat sampai dekat kaki gua, dah padam lilin. penat jea jerit diaorg buat taktau jea. bukan nak tolong pun! haishh. nasib baik laa ada sorang mamat tu, tolong-tolong masa dalam hutan.

esoknye, ada jungle trekking. sumpah penat T__T
dengan trek nye basah, alahai. sakit kaki kot.

petang pulak ada sliding wall. tapi aku n azie tak join sbb sakit kaki. ktaorg tdo jea dekat camping site. HAHA. sumpah tak bahagia.

malamnye, masuk gua. disebabkan tak cukup torch light, terpaksalah guna jalan darat, tak boleh guna jalan air sebab bahaya n tak cukup cahaya. masa tuu la baru aku sedar hakika, mamat tu sangat berkira!

esoknye, ada aktiviti kompas. sekali lagi aku tak ikut.

hasilnya, aku jalan macam orang tempang. yea, aku sedang tempang sekarang ni. macam orang tua dah. haishh.

PESANAN: ada pulak manusia berkira dalam hutan tu. ehh awak, dalam hutan tu, dah kira darurat. kalau kau tak tolong aku, sapa lagi nak tolong aku? perempuan berapa kerat jea. ishh memang aku benci kau lah. berkira betul. menyesal aku mintak tolong kau tau tak! kalau aku tau perangai kau macam ni, aku tak cakap elok-elok ngan kau macam kawan-kawan. meluat!

besttt jugak camping kali ni. semua orang tolong orang yang lain walaupun kat kampus tak pernah bertegur pun. ada la sorang jea berkira walaupun kenal! erm at least boleh kenal hati budi semua orang kan kan? :D

huarghhhh penat. sakit-sakit kaki. nak rehat laa.

27 September, 2010

kehidupan yang memenatkan.

kenapa hidup ni sangat rumit dan susah?

susah betul nak survive. susah betul nak hidup.

we need to put 99% of effort to gain 1% of happiness.

SUCKS!

aku sedang tunggu bila keadaan akan menjadi simple dan senang. bila kehidupan ni takde tekanan. AT ALL. bila?
aku fikir, kalau dah settle down, hidup ni takdelah rumit. lingkaran kehidupan cuma pada family and children. hakikatnya, pressure akan lebih. kematangan perlu berganda.

mungkin, aku sedang penat.

aku tafsir kehidupan ini dengan mata kepala aku.
aku nampak, semua manusia sedang menderita. kejar apa yang kehidupan perlukan.
money, luxury, extra this and that. semuanya tak cukup! tak pernah cukup! kehidupan jenis apa ni??
padahal, penghujungnya, tak perlukan semua ini. semuanya akan pergi sendiri. bila kita mati.

aku simpati pada semua manusia. kerah keringat hanya untuk sebuah kehidupan. yang kadang-kadang sedikit menyusahkan. dari muda sampai tua, membanting tulang. cedera tersadung batu untuk kesempurnaan. bangun pagi dan tidur lewat malam selesaikan chores. apa semua ni?

berehatlah. kita semua sedang penat.

11 September, 2010

birthday.

TODAY IS MY BIRTHDAY, EVERYONE.

anyone yang wish, thank you.

no wishes from him.
thank you.
thank you for forgetting my big bigg day!