30 June, 2010

wanna be a superMOM!

harini pulak aku sedar yg aku sangat teringin nak ada baby sendiri. aku taknak kawen okay. maksud aku, nawaitu aku bukan *gatal nak kawen* tapi aku nak ada baby sendiri. ehh jup! kalau nak ada baby kenalah kawen kan? okay, kalau ada jodoh ada lah. kalau takde, leh adopt anak angkat. hihi okay, listed in my future plan :P

orang cakap, kalau dah teringin nak ada anak sendiri tu, sebab naluri keibuan. yelah, semua perempuan samada yg sudah berkahwin atau belum mesti berniat nak mengandung dan melahirkan zuriat sendiri. dulu, aku tak faham sangat kenapa wanita yang gagal lahirkan baby sendiri sedih sangat. rupanya, rasa melahirkan sendiri dan adopt anak angkat mestilah lain kan? tambah-tambah kita melahirkan zuriat hasil perkahwinan dengan lelaki yang kita cinta. mestilah rasa happy sangat-sangat. berkongsi anak dengan yang tercinta :))

mesti happy kan bila dah ada anak sendiri? satu-satunya harta yang takkan hilang kalau muflis. kalau mati sekalipun, anak tu tetap anak kita. bayangkan pepagi bangun, ada anak kat sebelah. menangis sebab lapar. merengek nak ais krim. belajar ABC, merangkak, jalan jatuh depan kita, first word yang keluar dari mulut diaor ialah "mama". wee~~

tak sabar nak jumpa mr right, kahwin dan ada baby sendiri. beautiful babies like them :


baby 1

Align Centerbaby 2

baby 3

macam mana lah boleh ada yang buang, bakar, kerat-kerat baby-baby yang comel dan innocent nih? kalau taknak bagi aku. kalau aku tak dapat nak jaga pun, aku leh hantar g rumah perlindungan atau bagi abang or kakak-kakak aku jagakan. tak sayang ke baby-baby ni? okay, maybe anak-anak ni anak luar nikah, but they are still babies, human babies, bukannya patung yang taktau apa tu sakit dan sejuk. kalau you all yang buang tu TERlanjur dengan bf, mestilah sayangkan bf tu kan? tak sayang ke zuriat sama-sama korang tu? cisss. jahat.

erm, kalau ada rezeki jadi mummy aku janji akan jaga babies aku sebaik mungkin. PROMISE! i wanna be a supermom. aku tak perlu anak yang bergelar doktor, arkitek atau apapun utk labelkan diaorg sebagai anak yg baik. cukuplah mereka dapat apa yg mereka suka dan minat. kalau jadik petani dan pesawah pun tak kesah, asalkan tak buat jenayah :)

p/s: besh kan berangan? ini bukan angan-angan tapi cita-cita okay!

29 June, 2010

hari happy sedunia.

banyak sebab aku happy arini.. :)

pepagi aku bangun, siap lawa-lawa n kuar ngan cousin tersayang. kitaorg g jusco g cari barang-barang. i juz love SHOPPING !
--> semua barang yg aku cari aku jumpa. shoes, erm n bagailah. hihi. tapi yg sadisnye, pinjam duwet mak ! erm..sian mak kan? ciss

--> deposit rumah sewa dah setel n tuan rumah cakap, awal pg 3hb dan boleh move in. cuma kena kemas sikit-sikit jek! wee~~

--> makan mcD yang dah lamaaaaa tinggal sejak duk rumah n makan yg mak masak ari-ari. hihi. kadang-kadang i masak jugak okay! cuma tak sedap jek. uhuks T____T

--> tgk cerita..erm apa ek? jup nak ingat balik. KNIGHT AND DAY! weehuu~ kacaknye tom cruise. hihi :D

--> arini sgt happy. kalau tgk reason-reason kat atas, mcm biasa jek kan? tapi sebenarnya, hari ni sgt happy. taktau lah REAL REASON nye apa..tak penting kan semua tu? yang penting hidup sihat dan bahagia !

sem depan jumpa jaja, wunwun dan lelaen.. :D

erm, tak payah gaduh ngan ayah ari-ari T__T
*napa la ayah suka sgt marah? napa la kita tak rapat ehh?

yang penting selesa dan gembira! kamu akan cantik dgn sendirinya :D

23 June, 2010

setuju sangat.

aku setuju dgn LadyNoe.

tekan sini dan bacalah.

memang banyak manusia sebegitu. susah betul.

sapa terasa, sila amek dan simpan dalam hati ye.