29 March, 2010

maafkan aku.

kau sgt baik.
kau sgt prihatin
kau sgt mengambil berat.
kau sgt jujur.
kau cuba memahami.
kau menyayangi.

tapi..
aku bukan seperti yg kau sangka.
akan gembira bila ada yg menyinta.
aku tamak.
aku tak pernah puas dgn apa yg ada.

aku takkan bisa berlaku jujur.
aku takkan mencuba utk memahami.
aku takkan mampu. memjadi seperti yg kau mahu.
kerana aku bukan gadis itu.
kerana aku tak mahu.

aku cuba mengajar hati.
menerima apa yg diberi.
tidak. aku bukan gadis itu,
aku mengejar apa yg aku mahu.
ya, aku mengejar apa yg aku mahu.
maafkan aku.

28 March, 2010

menggembirakan.

bangun pagi dikejotkan mak.
menggembirakan.

bekpes depan tb.
menggembirakan.

bertolak ansur.
menggembirakan.

tengok ayah tdo.
menggembirakan.

pergi kedai dgn mak. pakai track-suit n t-shirt lusuh.
menggembirakan.

lalu depan kampung. nampak rumah papan.
menggembirakan.

kehidupan paling asas sgt menggembirakan.
mak, ayah dan aku.

**aku nak kahwin dgn org yg aku cinta. hidup dlm rumah papan yg lawa. sampai tua.

25 March, 2010

judgement.

jgn sesuka hati judge org.
bayangkan kau yg di judge.
apa rasa kau?

xkenal jgn judge.

24 March, 2010

hilang.

sedar-sedar. aku dah kehilangan macam-macam yg aku syg.

dulu ada kawan baik. yg faham aku. yg leh terima aku seadanya.
yg jarang buat aku kecil hati. dan aku tau aku leh percayakan dia..
kerana aku syg dia dan dia pun syg aku.
aku tau.
sebab satu salah, aku tawar hati. aku tak pernah minta nak jadi pendendam.
dgn dia..aku taktau kenapa sampai skrg aku ingat apa yg dia buat.
tapi, aku masih sgt rindukan dia. kawan yg baik.

umie jauh dr aku.. tuk dengar apa yg aku rasa.
tuk tau semua yg aku nak ceritakan.
dialah satu-satunya kawan yg leh dengar. kerana dia kenal aku.
dan takkan judge aku.

dayah busy.

mak. aku taknak bebankan dia dgn masalah emosi aku.
mak selalu sakit. dia nak jumpa aku sebab rindu. jahatlah aku kalau balik dengan muka monyok.
aku kena hepikan mak. bukan mak yg hepikan aku,
aku cuma rasa down. aku menangis. tapi xde sesapa faham.
xde sesapa utk aku.

yg faham aku. dah taknak dengar.
dia dah pergi.
aku sgt rindukan dia. tapi, aku tak mampu buat apa-apa.
hidup dia dah xde aku. zalim aku kalau terus ganggu dia. walaupun aku nak sgt dia ada sekarang.
tuk aku. tenangkan aku. nasihatkan aku. dgr suara dia pun leh tenangkan aku.

wina. maafkan aku.
awk, sy minta maaf.
mak, ain rindu.
tuhan, maafkan aku kerana pentingkan diri.

tak.selesa.

aku harap aku leh luahkan apa yg aku rasa ni pd seseorang yg dekat ngan aku.
yg tau pe jd dlm hidup aku tiap ari.
dgn siapa aku berkawan. bercakap.
tapi xleh. aku xleh percayakan sesapa pun.
sbb org sekeliling aku berkait. aku taknak bg sesapa pun sakit ati.
biar aku simpan sendiri.
tapi aku tak selesa ngan keadaan aku sekarang.
aku takut nak bersuara. apa yg aku rasa.
apa yg aku nak.
hak tu dah xde. hak tu org lain yg amek,

biar aku simpan. kalau jujur sgt pun akan menyakitkan ati org lain.
tu lah pe yg aku rasa.

20 March, 2010

realiti cinta.

putus cinta meyakitkan bukan?
sakit kehilangan dia.
nak tdo nanges. bangun pun nanges.
seolah-olah dah xde sesapa lg dlm dunia ni.
melainkan diri kita sendiri.
sebenarnya, yg membuatkan putus cinta sgt menyakitkan
bila dia tak lagi percaya pd kita,
bila kita nanges, dia kata pura-pura.
bila kita merayu sepenuh hati, dia kata dusta.
semua bohong bg dia.
itu yg perit.
padahal kita sgt perlukan dia. di waktu-waktu yg sgt sukar itu.
tapi dia xnak temankan. lebih senang pergi mencari kebahgiaan sendiri.
hidop ni sgt selfish bukan?

dulu sama-sama mencintai.
dah putus, masing-masing wat hal sendiri.
salah seorang akan mengambil masa yg lama tuk berhenti mencintai.
adat, akan ada yg mencintai dan dicintai dlm satu-satu hubungan.
yg menderita. sedaya upaya ubat kesedihan. taknak putus asa dgn kehidupan.
yg bahagia meninggalkan. pergi tanpa kesalan. kau sgt pentingkan diri.

ada yg kata. org yg bercinta ni, guna hati.
bukan akal. salah tu. yg mati kerana cinta, menggunakan hati.
bodoh la sanggup mati kerana org yg tak tahu menghargai.
kau fikir dia akan nanges ke bila kau dah selamat disemadi?
yg teruskan hidup..korg sgt kuat tau x?
tahniah. he's not the best for u..sb tu ALLAH nak bg yg lain.
trust me.

**percayalah. sekali dia buat salah..dan kau bertekad tuk berhenti, tapi dia merayu tuk 2nd chance..jgn toleh kebelakang lg. teruskan melangkah. tak wujud soal SECOND CHANCE. tak wujud. kau cuma senaraikan nama korang tuk dibodohkan wat kedua kali. itu realitinya.
**kalau kau mencintai tp disakiti je, lbh baek kau cari yg laen. mencintai takkan berikan kebahgiaan. syg diri dulu..kemudian barulah insan lain. aku tak cakap, berpura-pura dgn org yg leh bagi kau kebahgiaan. sayang org yg syg kau. kau akan bahagia.

ada hamba ALLAH tu ckp kat aku.
"nobody deserves your tears, n who deserves them wont make you cry".
"who loves you try to make you smile".

aku sgt berharap. dia bukan utk aku.
aku mahukan yg terbaik. bukan yg aku cintai.
aku sgt berharap. takdir tak mainkan aku tuk kedua kali.
moga-moga dia takkan muncul lg dlm hidup aku.

syg, thnx sb ada kat sisi sy.
sabar dgn kerenah sy.
terima kasih.

kau hebat ke?

tak tahu nak guna ayat apa.
kalau straight forward, kang ada yg terasa.
aku jugak yg berdosa.
kang ada jugak yg tanya itu ini.
aku nak jawab apa?

bagus jugak dia berterus-terang.
terima kasih. aku akan ingat sampai mati.
at last aku ada sebab tuk benci kau.
kau bahagia. kau belum menyesal. nanti?
riak. takbur. terlalu yakin.
siapa tahu kemudian hari kan?

ada yg cakap, aku selalu post yg sedih-sedih je.
korang nampak aku hepi?
korang kenal ke aku?

17 March, 2010

cuba faham.

jgn smpai aku tulis kenyataan.
yg leh wat semua owg marah.
aku pendam ada sebab.
aku berkias ada sebab.
jgn tuduh. jgn wat andaian sesuka hati.
tak faham sebab tak perlu pun faham.
**dear my bf: sy xpenah dan takkan sorokkan apa yg awk perlu tau..

buat yg mengerti.

bahagiakah melihat aku menderita?
bahagiakah memilih dia?
bahagiakah engkau?

kau yg meminta.
kau yg mahu.
mengapa mahu melepaskan?
kerana ia baru..
kau masih belum mengenali dia.
sebagaimana kau mengenali aku.
belum kau bina apa-apa.
seperti yg kau punya bersama aku.

mengapa meminta maaf?
ini yg kau mahu.
aku tak mampu mengubah apa-apa.
kerana ini yg kau mahu.
live my empty life.
ini yg kau mahu.

kpd yg pergi.
semuanya kejam!
kpd yg ditinggalkan.
moga tabah.
kita cuma mampu menangisi.
kerana ini yg mereka mahu.

tinggal semua.
ini yg kau mahu.
kau takkan pernah mengerti.
erti mencintai.

15 March, 2010

kelmarin bkn lagi hari ini

dlm sekelip mata.
hidup kita berubah sepenuhnya.
yg sihat mungkin sakit.
yg sakit mungkin kronik.
yg hidop mungkin pergi.
takkan kembali.
yg gembira mungkin sahaja sedih.
yg sabar mungkin berputus asa..dan memilih utk berhenti berjuang.
bukan kita yg mahu tentukan.
apa yg akan terjadi esok.
semua terjadi kerana masa.

kadang-kadang masa jemu membahagiakan kita.
kerana kita tak pernah puas dgn apa yg ada.
kadang-kadang masa jelek melihat kita bahagia.
lalu menjemput derita tiba.
mengajar kita erti menghargai apa yg kita punya.

masa tidak kejam.
kurang mengerti barangkali.

dulu dia punya aku.
kemudian dia pergi.
tinggal aku. tinggal semua yg kami bina.

lalu dia datang. bawa kegirangan.
membina kembali apa yg hilang.
sekelip mata semua berubah.
cinta pd dua insan yg berbeza.

dulu sama-sama. sekarang dua dunia yg berbeza.
dulu berbeza. sekarang kongsi rasa yg serupa.
kelmarin bukan sekarang.

11 March, 2010

gud for you not for me

kenapa manusia berubah?
tak plan,taknak pun berubah.
tapi tetiba berubah..
kau rela ke,kau dipaksa atau terpaksa?

kalau kau fikir perubahan tu bagus tuk diri..
xsemestinya bagus tuk orang laen..
yg mungkin terjejas sedikit sebanyak.
kalau kau fikir perubahan tu bagus tuk orang laen..
tapi bukan diri sendiri..berbaloi ke?
berbaloi ke bersikap tidak adil pada diri?
kalau tidak berubah..bagaimana mahu maju?
penin, penin dan penin.

kau akan mendahulukan yg ramai atau sorang?
antara diri dengan persekitaran..kau dahulukan yg mana?

aku benci perubahan.
dari zon selesa ke zon memeningkan. aku benci!

*dulu kau begini..kemudian begitu.
baru je nak kenal. kau berubah..
yg mana satu sifat kau yg sebenarnya?
yg mana perlu aku belajar terima?
fikirkan.

blog kepunyaan aku.. :P

aku sudah punya blog..
menarik bukan? haha
*thnx to wunik [jasamu dikenang]
aku bukanlah seorang yg bergiat aktif dlm bidang penulisan..
aku bukanlah seorang yg gemar bersastera..
agak kekok mahu menulis sesuatu yg berkemungkinan besar di baca oleh org laen..
siapa kita pd mereka bergantung kpd itu..

blog ini amat huduh *maaf*..
masih mencari identiti diri.

menggambarkan diri sbg seorang yg EMO sdgkn aku sgt bahagia *lahirnya
adilkah? tidak bukan?
bg aku..menangis itu menarik..
ketawa itu bagus..tapi menangis sgt jujor.
siapapun akan ketawa bila bahagia..
berapa ramai menangis bila sedeh huh?
tidak cukup berani utk itu..bukan?
prasaan bukan utk dipendamkan.
berkongsilah pd yg sudi..pd yang memahami..
bukan pd BETRAYER
pd masa inilah kita akan dpt kenal siapa KAWAN dan siapa LAWAN!

kawan sama mcm lover..jgn maen sapu je,semua di buat KAWAN!
kau yg akan sakit nanti.
belajar menilai.