apa yg aku ada?
rumah besar kah.. wang beribu kah.. kekasih tampan kah..
aku tak punya apa-apa.
tengoklah hidup aku, apa yg aku ada?
ramai lagi yg miliki semua yg perlu aku ada.
mak aku, itu aje yg aku ada.
yg satu itupun mahu ragutkah dari aku?
tak perlu beri apa yg aku tak punya Tuhan.. cuma janganlah ragut harta aku yg satu ini.
mak, cepatlah sembuh.
tiap kali tika bersujud mengadapMu, tak lepas aku memohon kesejahteraan dan kesihatan kedua ibu bapaku.
tak mahu diperkenankah permintaan yg satu itu?
tidak ikhlaskah permintaan aku? tidak cukup bersabarkah aku?
atau aku tak layak memohon apa-apa?
ambillah apa sahaja. semua yg aku mahu, tak aku dapat.
satu demi satu Kau ambil, Kau bawa mereka pergi dr hidup aku.
aku terima semuanya akibat dari perbuatan aku sendiri.
tapi, yg satu ini.. Kau mahu jugakah?
melihatnya sakit, aku kecewa. aku tak mampu lakukan apa-apa.
aku tak punya sapa-sapa nak mengadu perasaan aku ni.
aku takut, aku sangat takut.
dan aku marah. kenapa mak?
semua orang tahu, dan aku yakin, Kau Maha Mengetahui.
Kau tahu dia penting buatku. janganlah uji aku melalui mak.
Kau tentu tahu, aku pasti tewas.
andai nyawaku galang ganti, pun aku sanggup.
kembalikan ibu yg sihat. aku belum puas Tuhan.
aku tak sanggup fikir pun, yg setiap ciptaan akan kembali pada PenciptaNya.
No comments:
Post a Comment