31 August, 2010

misshim.

nun jauh di sana. terlihat seorang lelaki budiman sabar melayan dan membelai jiwa wanitanya. dunia, bukankah indah bila dicintai dan mencintai? rajuk, gelak tawa dan tangisan seperti melodi indah. ritma yang sangat menghiburkan. dunia luar bukan lawan keindahan yang dilalui dua insan yang mabuk dan hanyut dalam dunia percintaan.

aku mahu masuk ke dalam dunia itu kembali. aku mahu dicintai. maaflah jika aku terlalu mendesak takdir dan ketentuan yang perlu aku turuti. sebetulnya, aku penat menanti.

hati..terlalu lama merindui.
jiwa..sudah tak kuat lagi.
aku kesal, kesal kerana rentan hati. kalaulah masa boleh diputar berulang kali.

aku mahu bercerita tentang dia. izinkan aku untuk menulis tentang dia.
dia, lelaki yang masih menghuni hati ini. aku merindu dia saat ini. biarlah rindu terubat walau untuk seketika cuma.

dia seorang lelaki yang gila-gila. semua benda umpama lawak untuknya. dia gemar ketawa. dia kurang bercakap. dia bukan jenis yang mahu berkata-kata tak kira bila mempunyai masa. dia..istimewa. dia menyanjungi ibunya. anak yang baik pada mata aku. tidak boros tak kena gaya, dan sangat cerewet bila shopping. itu tak kena, ini tak kena.

dia gemar pada sastera. bait-bait lagu buat halwa telinga. buat madah pujangga. meluah isi hati kepada cinta. dia, memujuk dengan cara tersendirinya. cara yang menjadikannya unik.

dia. tak banyak yang aku tahu tentang dia. aku tak tahu dia suka makan apa. suka minum apa. suka lakukan apa. futsal? wayang-thriller. romance-no way. aku juga jarang tahu sama ada dia benar-benar mahukan aku satu ketika dulu. susah mahu mengenali siapa dia yang sebenarnya. bila dia maksudkan sesuatu dan bila tidak. memalukan bukan?

mungkin dia seorang yang tak sanggup lakukan apa saja demi cinta kerana dia seorang yang logikal.
mungkin dia seorang yang menjengkelkan kerana meluahkan apa difikirannya.
mungkin dia menyakitkan hati kerana ketawa tak kira masa.
mungkin dia bukan seorang kekasih yang baik hati, membelikan apa yang diminta. kerana dia rasional. dia bukan lalang. dia bukan orang suruhan. dia cuma seorang pecinta. mengapa baru sekarang aku sedar semuanya?

aku rindukan dia.

apa istimewanya dia berbanding yang lain. hampir setahun dia pergi. hampir setahun insan lain disisi. mengapa dia yang aku tempatkan dalam hati. sedang aku tahu apa taraf aku di hatinya. sedang aku tahu..aku tak penting buatnya. sedang aku tahu..sejarah tetap sejarah, memori tetap memori. masa takkan datang kembali.

aku anyam tiap-tiap keping hati yang sudah hancur berkecai. aku jadikan impian dan harapan buat hari muka. moga kau tetap bahagia dengan dia.

sayang, aku mencintaimu. lebih dari yang kamu tahu dan mahu.

24 August, 2010

i love you, AYAH.

nama ayah saya, MD SAAD.
suka merokok. suka tengok berita.
suka makan bubur lambuk. suka makan ikan talapia.
suka makan asam pedas. suka tidur.
suka kumpul lighter :D

ayah suka bebel. ayah suka merajuk.
ayah suka marah-marah. ayah suka kongkong.
ayah suka gaduh-gaduh ngan aku.
ayah marah kalau nak keluar dating.
tapi, ayah sayang aku.
kalau aku merajuk, ayah pujuk dengan makanan.
ayah beli apa yang aku suka.
kalau aku sakit, ayah belikan ubat tu, ubat ni.
mula bebel macam-macam.
aku tau ayah sayang aku. :D
tiap-tiap hari call tanya aku makan apa bila berbuka.
bila sahur pun.
ayah, ain sayang ayah.
walaupun ain selalu degil..tapi percayalah, ain sayang ayah. :D

walaupun family aku tak sesempurna orang lain..
tapi family aku sempurna. :D
thank you, ALLAH.

21 August, 2010

no place to go.

aku nak menulis. tapi tentang apa?

kegembiraan.
aku punya mak dan ayah yg sangat sayangkan aku. they concern alot bout me.

kesedihan.
aku sudah tau hakikat. dia tak pernah sayangkan aku seperti aku sayangkan dia.
arghh sebernarnya, aku benci blog bila blog tempat semua orang luahkan isi hati!
tak, aku cintakan dia. "saya sayang awak" semacam satu melodi janji yang aku simpan.
kadang-kadang mata nakal memandang dan memuja orang asing lain,
tapi still orang asing itu tinggal dalam hati aku.

aku benggang.
tapi, aku tak mampu nak luahkan kepada sesiapa.
aku bosan menjadi hipokrit dan hidup mengikut aturan orang.
aku nak habiskan study dan duduk di rumah, minum hot chocolate dgn mak n ayah aku.
no one else but them.

sayang.
aku sayang best friend aku, wina. tapi kami dah jarang hang out sesama. gelak-gelak mcm dulu.
hurm. i do miss her lepas semua marah aku buang. best friend, i love you :D

sudahlah, penat.

13 August, 2010

kesabaran senipis kulit bawang.

aku tak faham kenapa manusia kena meluahkan isi hati dgn cara yg melampau.

contoh, frust cinta : bunuh diri hanya utk tunjuk yang dia sgt kecewa.

seperti di blog, maki hamun dan cacian tu perkara biasa. tidak bolehkah menulis dgn sopan santun tapi maksudnya dapat difahami dengan jelas dan terang?
contoh: sial, babi dan bodoh.
lagaknya seperti sang yang dicaci tiada ibu bapa.

manusia kan laen-laen. aku faham tuu. tapi diaorg yg tak faham manusia tak sama.
kalau nak semua manusia seperti anda, yang boleh "ngam" ngan anda..
berkawan dgn diri sendiri sudah ye.
bila tak "masuk" sikit, maki sana, caci sini.
bukan setakat antara rakan-rakan. masuk pulak dlm blog. biar satu dunia tengok KELANTANGAN kita bersuara.
bangga atau banggang?

percayalah, kalau kita tak suka kat orang tu, orang tu takkan suka kita balik.
sekali dia diragui, di maki hamun, takkan dia nak tergedik-gedik dan ketawa dgn kamu seperti tiada apa yang jadik.

kamu kan ada perasaan. kamu tahu marah. kamu tak puas hati lalu melempiaskan kemarahan anda. dia? takde perasaan ke.
agaknya apa perasaan dia selepas di maki hamun dan dicaci?

dah banyak senario ni aku tengok kat blog. ntah lah dunia ni..
ada satu jalan lain: berbincang kalau tak puas hati. bukan straight kutuk kat blog.

*selagi orang boleh bersabar, orang bersabar. tapi sampai bila kan? kalau nak orang baik dgn kita..fikirlah diri tu dulu, kita baik ke dgn orang?
*senang begini: taksuka elakkan diri. tak usah bercakap, tak usah bertegur. so masing-masing tak sakit hati. ikut haluan masing-masing jek. dunia kamu akan aman.

07 August, 2010

:)

aku suka pandang dia. menarik.

tapi, aku sudah lupa bagaimana caranya utk buat dia faham. dan tahu.

aku sudah lupa.

biarlah. aku tak layak pun. memandang, memuji. ya, itu layak.

tiada apa utk aku banggakan. tiada apa utk aku pertaruhkan.

tiada langsung. dia, punya semua yang aku suka.

tapi aku? kosong.

biarlah. memuja dari jauh.