nun jauh di sana. terlihat seorang lelaki budiman sabar melayan dan membelai jiwa wanitanya. dunia, bukankah indah bila dicintai dan mencintai? rajuk, gelak tawa dan tangisan seperti melodi indah. ritma yang sangat menghiburkan. dunia luar bukan lawan keindahan yang dilalui dua insan yang mabuk dan hanyut dalam dunia percintaan.
aku mahu masuk ke dalam dunia itu kembali. aku mahu dicintai. maaflah jika aku terlalu mendesak takdir dan ketentuan yang perlu aku turuti. sebetulnya, aku penat menanti.
hati..terlalu lama merindui.
jiwa..sudah tak kuat lagi.
aku kesal, kesal kerana rentan hati. kalaulah masa boleh diputar berulang kali.
aku mahu bercerita tentang dia. izinkan aku untuk menulis tentang dia.
dia, lelaki yang masih menghuni hati ini. aku merindu dia saat ini. biarlah rindu terubat walau untuk seketika cuma.
dia seorang lelaki yang gila-gila. semua benda umpama lawak untuknya. dia gemar ketawa. dia kurang bercakap. dia bukan jenis yang mahu berkata-kata tak kira bila mempunyai masa. dia..istimewa. dia menyanjungi ibunya. anak yang baik pada mata aku. tidak boros tak kena gaya, dan sangat cerewet bila shopping. itu tak kena, ini tak kena.
dia gemar pada sastera. bait-bait lagu buat halwa telinga. buat madah pujangga. meluah isi hati kepada cinta. dia, memujuk dengan cara tersendirinya. cara yang menjadikannya unik.
dia. tak banyak yang aku tahu tentang dia. aku tak tahu dia suka makan apa. suka minum apa. suka lakukan apa. futsal? wayang-thriller. romance-no way. aku juga jarang tahu sama ada dia benar-benar mahukan aku satu ketika dulu. susah mahu mengenali siapa dia yang sebenarnya. bila dia maksudkan sesuatu dan bila tidak. memalukan bukan?
mungkin dia seorang yang tak sanggup lakukan apa saja demi cinta kerana dia seorang yang logikal.
mungkin dia seorang yang menjengkelkan kerana meluahkan apa difikirannya.
mungkin dia menyakitkan hati kerana ketawa tak kira masa.
mungkin dia bukan seorang kekasih yang baik hati, membelikan apa yang diminta. kerana dia rasional. dia bukan lalang. dia bukan orang suruhan. dia cuma seorang pecinta. mengapa baru sekarang aku sedar semuanya?
aku rindukan dia.
apa istimewanya dia berbanding yang lain. hampir setahun dia pergi. hampir setahun insan lain disisi. mengapa dia yang aku tempatkan dalam hati. sedang aku tahu apa taraf aku di hatinya. sedang aku tahu..aku tak penting buatnya. sedang aku tahu..sejarah tetap sejarah, memori tetap memori. masa takkan datang kembali.
aku anyam tiap-tiap keping hati yang sudah hancur berkecai. aku jadikan impian dan harapan buat hari muka. moga kau tetap bahagia dengan dia.
sayang, aku mencintaimu. lebih dari yang kamu tahu dan mahu.
No comments:
Post a Comment