aku tak faham kenapa manusia kena meluahkan isi hati dgn cara yg melampau.
contoh, frust cinta : bunuh diri hanya utk tunjuk yang dia sgt kecewa.
seperti di blog, maki hamun dan cacian tu perkara biasa. tidak bolehkah menulis dgn sopan santun tapi maksudnya dapat difahami dengan jelas dan terang?
contoh: sial, babi dan bodoh.
lagaknya seperti sang yang dicaci tiada ibu bapa.
manusia kan laen-laen. aku faham tuu. tapi diaorg yg tak faham manusia tak sama.
kalau nak semua manusia seperti anda, yang boleh "ngam" ngan anda..
berkawan dgn diri sendiri sudah ye.
bila tak "masuk" sikit, maki sana, caci sini.
bukan setakat antara rakan-rakan. masuk pulak dlm blog. biar satu dunia tengok KELANTANGAN kita bersuara.
bangga atau banggang?
percayalah, kalau kita tak suka kat orang tu, orang tu takkan suka kita balik.
sekali dia diragui, di maki hamun, takkan dia nak tergedik-gedik dan ketawa dgn kamu seperti tiada apa yang jadik.
kamu kan ada perasaan. kamu tahu marah. kamu tak puas hati lalu melempiaskan kemarahan anda. dia? takde perasaan ke.
agaknya apa perasaan dia selepas di maki hamun dan dicaci?
dah banyak senario ni aku tengok kat blog. ntah lah dunia ni..
ada satu jalan lain: berbincang kalau tak puas hati. bukan straight kutuk kat blog.
*selagi orang boleh bersabar, orang bersabar. tapi sampai bila kan? kalau nak orang baik dgn kita..fikirlah diri tu dulu, kita baik ke dgn orang?
*senang begini: taksuka elakkan diri. tak usah bercakap, tak usah bertegur. so masing-masing tak sakit hati. ikut haluan masing-masing jek. dunia kamu akan aman.
No comments:
Post a Comment