03 April, 2010

kisah dia bukan aku.

apa yg aku tulis ni bkn kisah aku.. tapi kisah seseorang, yg korang xkenal.. dan xpenah jumpa.

satu malam tu, hampir 2 pg.. dia menangis. sb dia takut dgn kenyataan.
kenyataan yg dia kena mengalah. kenyataan dia takkan dpt ubah pe2 wpun dia cuba.
dia kena terima hakikat. tapi dia xboleh.. dia cuma manusia biasa yg akan cuba wat pe sja utk dpt apa yg dia mahu. dia tak berniat mahu menghancurkan hidup sesapa pun. mulanya, dia cuma mahu pertahankan diri. tapi, bukan ini yg dia mahu.
dia cuma seorang remaja yg berangan-angan bahgia mcm kisah novel. dia mahu terus berharap. wpun dia tahu..dia takkan mampu dpt apa yg dia inginkan. peluang tu da tertutup. dia bodoh. dan di sini, aku nak pesan pd si dia.. BELAJAR TERIMA HAKIKAT.

dia kena berhenti. hidup 3 org takkan aman hanya kerana dia.. dia tak sedar yg dia bwk masalah dlm hidup org laen.. dia cuma mahukan apa yg dia nak, tapi apa yg dia nak akan merampas hak org laen. bagi masalah pd org laen. dia yg mulakan, tapi dia yg sakit. padan muka dia. yg simpati kat dia cuma diri dia..kerana hanya dia yg sakit.

dia menghadap tingkap.
"napa pndg sana?"
"saja.."
selebungkan diri ngan tuala. biar tuala itu basah, biar selindungkan muka di balik tuala.
"nak mandi ke?"
"taklah."
biar xde siapa yg tahu..dia kena berdikari. sb nti2 dia kena hadapi semuanya sendiri..
takkan ada yg tolong. bukan tak mahu, tapi tak mampu.

dia tahu, hati kena berhenti mengharap. dia tahu, mulut harus berhenti merayu. dia tahu, mata kena berhenti menangis. tapi dia tak mampu..malang. aku harap dia akan biarkan yg laen bahagia.. mak n ayah dia masih ada lg, bukan?

1 comment:

  1. ape yg ain cbe smpaikn??????/heeeeeeeeeee,,,zy ta brape na tangkap,,

    ReplyDelete