31 May, 2010

tentang mak.

mak. bg sesiapa pun, mak lah yg terbaik.

mak aku, sahabat baik aku.
bila aku seronok, dia senyum.
bila aku moody, dia mcm cacing panas, takleh duk diam.
bila aku buat lawak, dia gelak.
bila aku nanges, dia pun turut nanges.

mak aku segalanya bagi aku.
kalau dia takde, aku taktau mcm mn nak hidup.

ain: ain cuma ada mak je.
mak: (diam. air mata bergenang)

mak aku sakit. klu org tgk, dia mcm tak sakit.
tapi, klu sakit ni tak sembuh.. ya tuhan, aku tak sanggup.

malam-malam dia takleh tdo.
kul 4 pg mak bangun, aku terjaga n tanya kenapa.
aku sedar aku bukan anak yg baik, sb aku boleh tertido.
terjaga bila pagi.
anak yg jahat.

dgn siapa aku nak mengadu nti?
dgn siapa aku nak gelak?
sumpah, aku cuma ada mak, dan mak cuma ada aku.

mak, ain minta maaf.
sbb nak lahirkan ain, mak jadik mcm ni.
terima kasih, dan minta maaf.

*semua yg aku nak ckp kat mak aku, aku luahkan kat sni. sb aku tak sanggup tgk dia nanges T______T

tutup hati.

tertutup ke pintu hati untuk mana-mana dari kalangan Adam?

tak mengapa. beri ia masa untuk pulih.

30 May, 2010

berhenti, sudah, cukup.

aku dah fikir. aku renung setiap perbualan dan perbuatan.
rasa ini datang, bukan kerana aku terlalu ikut perasaan.
bukan sebab aku hidup dalam angan-angan.

salah aku, kerana aku perempuan yg dianugerahkan hanya 1 akal.
salah aku, kerana aku perempuan yg selalu kalah dengan perasaan.

layanlah aku seperti rakan, pasti takkan seperti ini.

kamu, aku benci. sama seperti dia.
yg takkan aku maafkan sampai mati.

jadilah lelaki yg bermaruah, jangan kontek aku lagi.

memang, dulu aku senang dgn perangai kau yg "tak faham bahasa".
tapi fikir lah, sampai bila ?

aku tahu kau baca post ini.

dan aku minta kau faham.
beri aku ruang utk padam kau dari kamus hidup aku.
sama seperti mereka yg lain.

kau tak perlukan aku bukan?
kau punya semuanya, dan aku cuma mahu satu.
bebas dari kekeliruan ni.
jangan hubungi aku lagi.

sudah la, hati aku dah cukup sakit. tak perlu tambah.
kau cuma menyusahkan aku lagi, dengan selalu muncul walaupun cuma satu mesej.
memang aku bahagia kalau kau ada, tpi sampai bila ?

kau selalu dakwa diri tu matang, bijak buat keputusan.
fikir lah, apa yg aku kata ini ada benarnya.
kita berdua perlu berhenti pentingkan diri.
aku, sudah bersedia.
kau pula bila ?

berhenti kontek aku. walaupun sekadar tanya khabar.

27 May, 2010

last word to say.

seminggu ni, aku happy. ada org buat aku ketawa, ada org nak dgr cerita-cerita aku. jujurnye, aku sgt selesa dgn dia. dgn dia, aku rasa aku leh cerita semuanye. dgn dia, aku tak segan silu nak tunjuk perangai sebenar aku, yg org kata mengada-ngada. dgn dia, aku tau aku leh percayakan dia. kadang-kadang, aku buat tanpa fikir dulu. maksudnye, lepas TERbuat satu-satu benda, baru aku sedar. OPPSSSYYY! terlepas sudahhh.

malam ni, aku runsing. macam mana kalau ada yg tanya, apa hubungan aku dgn dia? macam mana kalau ada yg tanya, kenapa kau rapat sgt dgn dia? takde orang laen ke? aku taktau jawapan yg macam mana aku akan bagi, yg leh wat semua orang happy.

*nak imbau balik.

mula-mula, selepas putus ngan ex aku tuu, aku yakin yg tumpuan aku 100% pd dia. aku usaha nak berbaik balik dgn dia. n aku sgt yakin yg W takde dlm hati aku. yelah, normal la kan kalau dah suka orang laen, mesti la dah lupa yg lama. n selepas ex aku tuu bertekad buat aku macam ni, hati aku kosong. aku mula bencikan lelaki. aku mula rimas dgn lelaki. banyak sgt contoh depan mata aku, lelaki tipu perempuan, curang n seumpamanya. aku fikir yg aku takkan sukakan lelaki, buat masa terdekat ni.

aku akui, aku bukan jenis yg teguh pendirian. aku suka buat satu-satu benda ikut suka hati.

aku yakin, hati aku dah takde sesapa. dan kemudian, aku jumpa dia. kami banyak berbual. itu ini, dan aku ketawa. aku gembira, aku rasa sgt bahagia. mungkin sbb kami dah lama berkawan dan rapat, mungkin sbb tu aku selesa dgn dia. sampai la dia dah takde depan mata aku, aku akan fikir pasal dia bila sorang-sorang. aku terfikir, kenapa aku sgt gembira bila dgn dia? aku tak bencikan dia ke?

jujur, aku mahu dia selalu ada.

aku tahu, seminggu yg bahagia ini akan berakhir. dia akan pergi. dia bukan milik aku pun. aku tak perlu rasa ralat. aku taktau perasaan ini apa. aku cuma terkilan kalau nama itu yg dia sebut, kalau nama itu yg buat dia tersenyum.

he's yours A. he's not mine, jiwa dan raga.

aku harap ini bukan cinta. ada ke org jatuh cinta tuk kali kedua pd org yg sama? nonsense laa yenyen!

mungkin rasa ni baru je lagi, belum berkembang. dan takkan matang. kau jugak cakap, tukar number, jgn kontek, aku akan buat.

aku akan lupakan kau, kita takkan jumpa lagi insyaallah sbb rasa tuk kau takkan mati selamanya. tiap kali aku dah lupakan kau, rasa tu akan datang lagi. takkan berhenti. sampai bila nak macam tu kan?

selamat tinggal. itu ke ayat yg lebih baik tuk semua orang?

semua orang akan happy :)

awk bahagia dgn dia, seharusnya sy pun tumpang sama :)

25 May, 2010

tak mengerti.

aku fikir rasa itu telah pergi.
rasa itu telah lama mati.
sepatutnya ia begitu.

why i keep fall in love with you again and again?

tiap kali mata terkunci
pada pandanganmu, hatiku tersentap.
seperti ada yg menarik disitu.
seperti ada jawapan pada semua persoalanku.

bila terkenang bicara yang terlafaz,
tawa yang telah berkumandang riang,
serta merta aku tersenyum senang,
seperti kau ada dihadapanku,
memandangku tenang.

tak jemu memandangmu.
tak jemu berbicara denganmu.
tak cukup dengan itu, aku terdorong
memikirkanmu,
bila sendiri.
bila ditampar udara sepi.

saat aku titipkan luahan rasa ini,
mengapa jantung turut berdegup kencang?
mengikut rentak jemari
menari.

jangan,
dia bukan untuk aku.
bukan lagi milikku,
maafkan aku sang mantan,
aku masih menyintaimu.

kenyataan yang aku sendiri takut mahu akui.

bukan aku.

aku benci.
itu bukan aku!

20 May, 2010

tiada kena mengena ngan tajuk. again.

nak tdo, tp tak ngantuk. aku nak mengenang masa silam.

bercinta dah banyak kali. tapi takde yg kekal. =.='
*mak aku takot aku tak kawen smpai tua. huhu

aku rasa those guys yg rapat ngan aku dulu, bukan cinta.
sebab cinta kekal sampai bila-bila.
diaowg diibaratkan mcm musibah,
ajar aku apa tu sakit hati, dendam, dan benci.

ada yg ajar aku spya menghargai apa yg ada.
ada yg ajar aku peluang datang cuma sekali saja.
ada yg ajar aku manusia tak perlu diberikan peluang kedua.
ada yg ajar aku cinta tu sia-sia. membazir.

aku pernah jadi seorang yg memahami.
seorang yg tahu berkompromi.
seorang yg rela mempercayai walaupun mungkin ditipu.
seorang yg menerima cacat cela tanpa banyak bertanya.
menerima kekurangan sbg kelebihan yg sgt indah.
tapi, yg aku dapat ditinggalkan.

aku mengejar kesempurnaan pada mata aku.
aku mahukan yg terbaik utk diri aku.
sedangkan aku bkn yg terbaik utk mereka.
aku bkn cari rupa, harta.. cuma satu, yg takde pd mereka.
*belum tentu kenal aku, jgn judge

sekurang-kurangnya, aku tak hipokrit.
kalau ada yg datang, cepat-cepat aku cerita keburukan aku.
"takpe, sy leh terima"
sebulan kemudian, merunggut, awk itulah, awk inilah!
kemudian tinggalkan aku dan pergi pd yg lebih baik.


yg membimbing wanita bukanlah akalnya, melainkan hatinya.

takde yg betul-betul faham maksudnya. yg bagi aku ayat ni pun sama, dua kali lima!

*setiap musibah didatangkan dgn ganjaran. InsyaAllah.

aku bukan anti lelaki, cuma aku memandang lelaki dr mata seorang yg terlalu kerap kecewa.
harap maklum.

15 May, 2010

sudah tinggalkan dunia.

jam 23:37, 15 mei 2010

aku sedang menangis.
sebab aku rasa kosong.
tiada siapa untuk aku.

aku keseorangan.
aku sunyi. aku tiada teman.
aku tak sayangkan sesiapa.
diri aku juga.

seorang demi seorang aku padam.
aku halau keluar.
aku usir. aku tak tahu kenapa.
kenapa aku memberontak begini.
agaknya, aku mahu melindungi diri.

aku sunyi.
tiada rakan bersorak riang.
aku mahu hidup dalam dunia yang takkan menyakitkan aku.
dunia angan, dunia yang menjadi seperti yang kita mahukan.
aku masuk dalam dunia itu, aku angankan apa yang aku impikan.
bila tamat, aku sedih.
aku mahu terus hidup dalam dunia itu.

kerana dunia ini sangat kejam dengan aku.
jadilah aku, dan kamu akan tahu.
aku tak bahagia.
hati aku sangat menderita.
mungkin aku yang tidak puas dengan nikmat dunia.
ambillah aku, kerana aku mahu lebih dari dunia ini, Tuhan.

hidup.

hidup ni pentas lakonan.

aku watak utama.
watak sampingan? kamu dan kamu.
silih berganti. takde yg kekal.
kadang-kadang tinggalkan aku sorang-sorang.
sbb pentas ni bukan milik kamu.

mcm mana aku kendalikan pentas ini
menentukan apa yg bakal aku lalui.
pentas ini meriah atau suram?

*hati watak utama sgt kosong.
pentas milik dia sgt suram.
takde senyum dan gelak ketawa.

14 May, 2010

berbahasa tapi tak faham.

semua org guna bahasa klu nak bercakap.
*kecuali yg kurang upaya

senang nak faham klu guna bahasa
tak kira la bahasa melayu, mandarin, english..
semua leh difahami
kalau bahasa tu kita kuasai.

kalau bahasa kiasan..ada yg tak faham kan?
lain yg disampaikan, lain yg difahami.
mcm mn pulak tu? T__________T

ada yg jenis malu-malu
ada yg suka bersastera
ada yg nak menjaga hati

lalu, org tu faham apa yg kita tak maksudkan.
haihhh mengeluh! =.='

12 May, 2010

antara citacita dan angan-angan.

dulu, beberapa tahun sebelum tahun 2010.

"kamu nak jadik apa bila besar nanti?"
"sy nak jadik akauntan, cikgu."
kemudian.....

"kamu, ain?"
"sy nak jadik novelis, cikgu."

cita-cita aku dlu nak jadik novelis. tapi, aku belajar elektrik.
calculation dan bahasa, sgt jauh bukan?
haihh..aku pernah nak belajar akaun, sbb ms aku sekolah rendah, aku pernah simpan angan nak jadik cashier. hehe
sbb aku suka duwet.
bila aku dah mula pandai berfikir, aku tukar citacita aku.
aku nak jadik akauntan. tapi, ayah aku tak kasi amek akaun.
aku secara paksa rela, terpaksa belajar apa yg aku taksuka.

tapi, sekarang aku rasa keputusan yg aku amek ni.. aku tak nyesal.
aku isi borang upu sendiri. so, aku yg wat keputusan nak further elektrik.

itu cita-cita. dari kecik lg cikgu marah kalau kita takde simpan cita-cita sendiri. abg aku pun ada cakap, dr cita-cita kita akan tau jalan mana yg kita pilih. apa yg akan kita gapai, melalui cita-cita.

kalau bercakap pasal lelaki idaman: suami yg beriman, baik hati, penyayang, romantik, good-looking, penyabar, kedudukan ekonomi yg baik..
kalau bercakap pasal anak: anak yg comel, dengar kata, petah bercakap, dan bijak.
kalau bercakap pasal rumah impian: atas bukit, besar gedabak, banglo 4 tingkat..
** ini takkan ditakrifkan sebagai cita-cita tapi angan-angan. boo~ kuat berangan punya budak!

apa beza cita-cita dan angan-angan? takde. kedua-duanya kena ada effort baru boleh dapat.

1. kalau nak capai cita-cita, kena belajar rajin-rajin.
2. kalau nak suami baik, kena pandai menilai. dan lelaki yg baik hanya utk perempuan yg baik. ALLAH MAHA ADIL.
3. kalau nak anak comel, rajin-rajinlah baca surah Yusof masa baby dalam kandungan.
4. kalau nak anak bijak, dengarkan baby ngan muzik, n carilah extra facts tuk dapat baby yg bijak.
5. kalau nak rumah besar, carilah duwet banyak-banyak.

see, takde beza kan antara citacita dan angan-angan? so, aku sgt marah kalau ada yg melabelkan org yg berangan ni MAT JENIN. ehh, you..berangan tu hak individu okay?

11 May, 2010

hatred.

aku sangat bencikan kau.
you,
JERK!

cerewet.

bila nak guna sudu dan garpu.
basuh lg sekali walaupun dah basuh.

bila order burger tepi jalan.
"abg, daging tu masak bg garing okay?"

bila beli bihun sup.
"mintak sambal lebih."

bila beli nasi goreng.
"buat pedas-pedas ehh?"

kat rumah, aku jarang tak panaskan nasi atau lauk sebelum mkn.

aku sgt cerewet kan? aku nak, semua benda yg aku mahu seperti cara aku.

nasi yang tak pedas tak sedap.
kalau tak sedap aku takkan habiskan.
walaupun semua orang marah.

coke, atau apa2 yg bergas aku tak minum sgt.
sedut 2,3 kali.. done.

mak cakap, aku pentingkan kesempurnaan.
masalahnya, cara aku pandang dan tetapkan kesempurnaan
tak sama mcm orang lain okay.

08 May, 2010

the end.

terma kasih.

kerana buat aku menangis.
sumpah, ini bukan perasaan yg bagus.

aku taknak jumpa kau lagi.
kau musuh aku, hidup dan mati.

takpernah terlintas kat fikiran aku,
kau akan bertindak mcm ni.
kerana bagi aku kau yg terbaik pernah aku jumpa.
pernah aku kenal.
aku hormat kau dulu.
sekarang, aku benci. tahniah.

07 May, 2010

pandangan.

aku berdoa,

AKU NAK HAPPY,
SAMA MCM ORG LAIN.

jujur, kdgkala aku cemburu.
dan kdg2 happy bila org sekeliling aku happy.
dan mendapat yg baik-baik tuk hidup masing-masing.

aku tak pasti samada aku betul2 pegang ataupun tak,
apa yg org ingatkn aku,
tentang ujian itu rahmat dan rahmat itu ujian.
sebab kdg2 aku menyesal.
dan marah dgn diri sendiri.

sebenarnya, melupakan satu proses yg baik.
memberi kelebihan. keuntungan.
cuma, mengalami proses tu sgt susah.
"melupakan orang yg kita sayang sama seperti mahu mengingati orang yang kita tak pernah jumpa".
hampir mustahil.
kata dayah, mustahil.

bila aku selak, bukak balik tulisan-tulisan aku sebelum ni,
ya, aku pernah sayangkan dia sepenuh hati.
tulisan aku membuktikan.
since AKU TAKPERNAH MENIPU DGN TULISAN.
aku pernah tipu ayah bila nak keluar dating,
tapi tak dgn tulisan.
tulisan sangat jujur.

tapi, sayang tu dah hilang. ke mana?
kemudian aku berfikir, untuk apa aku perjuangkan apa yg aku mahu sekarang,
andai penamatnya, aku memutus utk berhenti dan melupakan?
bukankah sia-sia?
jawapannya, kita hidup utk hari ini, bukan masa depan.

mungkin satu hari nanti,
usiaku separuh abad.
aku sudah punya anak cucu, dan mempunyai banyak masa utk memikirkan kisah silam.
pasti aku tertawa kerana perjuangan aku ini, membuahkan apa yg aku tak jangka.
dia, bukan teman sekelasku.
dia, pemuda yg menunggu aku di masa depan.

mungkin juga, teman sekelasku menemani aku minum petang.
mengajak aku ke pasar.
orang yang akan menemani aku hingga hujung nafas.

tak mustahil.
kerana tiada siapa tahu, esok lusa akan menjadi seperti bagaimana.


ini pandangan aku,
komen? silakan, bukan kritik.

06 May, 2010

dengar bukan faham.

kalau aku jerit dan satu dunia dengar pun,

dia takkan faham.
duduk diam, tu je yg leh aku wat kan?
aku sgt terkilan.


titik.

05 May, 2010

luahan rasa.

aku cuma manusia.
yg ada hati dan perasan.
aku belum mahu mengalah.
tak, belum mahu.

tapi, akan ada satu saat bila aku penat dan mahu berehat.
waktu tu, aku akan berat hati mahu toleh kebelakang lagi.
mungkin akan toleh, tapi tak sepenuh hati.

saat ni, aku terasa mahu menangis.
mengapa susah mahu gapai satu impian kecil?
mengapa susah walaupun aku berusaha?

sebetulnya, aku penat mengejar pelangi.
penat aku berlari, tapi mengapa makin menjauh?
sebetulnya, aku penat memeluk bayang-bayang.
yang takkan punya jiwa.
takkan punya rasa.

kau memahami aku bukan?
jangan berputus asa dengan aku.
dan jangan biarkan aku berputus asa dengan kamu.
aku menyayangi kamu.
lebih dari dulu.

maafkan aku, kalau-kalau kau tak mahu aku meluahkan begini.
maafkan aku, kalau-kalau kau tak mangerti.
maafkan aku jika kata-kata aku menghiris hati.
sumpah, aku hanya mahu disayangi.
kerana aku menyayangi kau, sepenuh hati.

berusaha, bukan begini caranya.
aku hanya berjuang, namun keseorangan.
tiada teman.
bagai bertepuk sebelah tangan.
ya, takkan berbunyi.
namun aku belum mahu berhenti.
jangan biarkan aku pergi.
kalau kau mahu aku disini, jangan biar aku berhenti.
temani aku, hanya kau yang aku perlu.

03 May, 2010

sekian, terima kasih.

huihui.
final dah tamat.

kesimpulan:
takot kena repeat ece.
math mcm bangang.
ee takcukup masa.
yg lelain? tawakal jelah.

n, akan rindu WAKAKA EE.

part 2 berlalu.
apa yg jadik masa part 2 ni ye.
awal sem, sgt happy. hujung sem?
haihhh..malas nak cakap.
apa pun, jilid part 2 aku akan tutup ngan redha n pasrah.huhu

azam aku cuti sem ni, nak muhasabah diri.
haha. nak fikir apa yg aku nak.
n aku nak cari jalan spya part 3 aku nanti, lain dr part 2 ni.
klu tak banyak pun, sikit pun ok apa.
asalkan ada kemajuan. haha
n SEMUA masalah aku, kena selesai dlm tempoh sebulan ni jugak.
sebab masa sebulan kemudiannya, aku nak tetttt.. haha

utk WAKAKA EE.. will mish u gurls!
muahhh lotsa of love from me.

dayah, sem depan jumpa lg ok? haha, rindu!

utk akak bilik, akak fiza n akak ani..
take care.

utk mak, ain nak belajar masak :)

ayah pulak, tamau la marah-marah ain sgt ok? hehe

n utk yenyen, jum balik umah jumpa mak ayah :P