jam 23:37, 15 mei 2010
aku sedang menangis.
sebab aku rasa kosong.
tiada siapa untuk aku.
aku keseorangan.
aku sunyi. aku tiada teman.
aku tak sayangkan sesiapa.
diri aku juga.
seorang demi seorang aku padam.
aku halau keluar.
aku usir. aku tak tahu kenapa.
kenapa aku memberontak begini.
agaknya, aku mahu melindungi diri.
aku sunyi.
tiada rakan bersorak riang.
aku mahu hidup dalam dunia yang takkan menyakitkan aku.
dunia angan, dunia yang menjadi seperti yang kita mahukan.
aku masuk dalam dunia itu, aku angankan apa yang aku impikan.
bila tamat, aku sedih.
aku mahu terus hidup dalam dunia itu.
kerana dunia ini sangat kejam dengan aku.
jadilah aku, dan kamu akan tahu.
aku tak bahagia.
hati aku sangat menderita.
mungkin aku yang tidak puas dengan nikmat dunia.
ambillah aku, kerana aku mahu lebih dari dunia ini, Tuhan.
No comments:
Post a Comment