aku dah fikir. aku renung setiap perbualan dan perbuatan.
rasa ini datang, bukan kerana aku terlalu ikut perasaan.
bukan sebab aku hidup dalam angan-angan.
salah aku, kerana aku perempuan yg dianugerahkan hanya 1 akal.
salah aku, kerana aku perempuan yg selalu kalah dengan perasaan.
layanlah aku seperti rakan, pasti takkan seperti ini.
kamu, aku benci. sama seperti dia.
yg takkan aku maafkan sampai mati.
jadilah lelaki yg bermaruah, jangan kontek aku lagi.
memang, dulu aku senang dgn perangai kau yg "tak faham bahasa".
tapi fikir lah, sampai bila ?
aku tahu kau baca post ini.
dan aku minta kau faham.
beri aku ruang utk padam kau dari kamus hidup aku.
sama seperti mereka yg lain.
kau tak perlukan aku bukan?
kau punya semuanya, dan aku cuma mahu satu.
bebas dari kekeliruan ni.
jangan hubungi aku lagi.
sudah la, hati aku dah cukup sakit. tak perlu tambah.
kau cuma menyusahkan aku lagi, dengan selalu muncul walaupun cuma satu mesej.
memang aku bahagia kalau kau ada, tpi sampai bila ?
kau selalu dakwa diri tu matang, bijak buat keputusan.
fikir lah, apa yg aku kata ini ada benarnya.
kita berdua perlu berhenti pentingkan diri.
aku, sudah bersedia.
kau pula bila ?
berhenti kontek aku. walaupun sekadar tanya khabar.
kwn pon xleh???
ReplyDelete